Categories: Hiburan

Jumlah Pendegar Menurun Lepas Menang ABPBH, Tyzo Tiada Usaha Nak Panjangkan Kontrak?

Share

Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Bhd, Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse menyangkal dakwaan bahawa kontrak bekas penyampai Suria FM, Tyzo ditamatkan dalam dalam masa 24 jam.

Menurut Amin, pihaknya sebenarnya sudah pun menunaikan permintaan Tyzo yang hanya mahu kontraknya diperpanjangkan selama enam bulan sahaja bermula 9 Oktober lalu.

“Pada 9 Oktober 2023, kontrak Tyzo tamat. Dua bulan sebelum itu iaitu pada bulan Ogos, kita jumpa Tyzo dan bagitahu yang kita nak panjangkan kontraknya selama satu tahun.

“Tyzo terima tapi dia hanya mahu kontraknya dipanjangkan enam bulan sahaja. Antara sebab yang diberikan kerana dia punyai rancangan yang lain seperti bisnes.

“Pendapat saya pula, mungkin dia baru menang ABPBH pada bulan Julai. Mungkin dia ingat dia lebih laku dan boleh pergi ke tempat lain.

“Kami bagi masa seminggu untuk dia fikirkan dan dia tetap dengan keputusan tersebut. Jadi, kita setuju untuk beri kontrak selama enam bulan iaitu dari 9 Oktober sehingga 9 Mac 2024,” katanya kepada MH.

Amin berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Ruang Udara Suria yang di Menara Star, Damansara, Selangor pada Jumaat.

Katanya lagi, keputusan untuk tidak memanjangkan kontrak Tyzo telah dibuat tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

“Jadi, dua bulan sebelum kontrak Tyzo tamat kami sepatutnya berbincang. Namun, Tyzo tiada usaha untuk berbincang apa-apa.

“Bila saya mengkaji semula semua aspek seperti jumlah pendengar dan kewangan, jadi, saya buat kesimpulan yang Tyzo tidak lagi berminat untuk menjadi penyampai Suria FM.

“Jadi, saya buat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Tyzo. Ini adalah keputusan saya sendiri dan tanggungjawab saya,” katanya lagi.

Pada masa sama, Amin turut mendedahkan jumlah pendengar segmen Suria Petang telah menurun meskipun selepas memenangi anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH.

“Selepas kemenangan Tyzo di ABPBH, pendengar Suria petang tak meningkat pun. Malah, ia menurun. Ia adalah kenyataan,” dedahnya.

Pada masa sama, Amin turut memaklumkan Tyzo sebenarnya diminta berehat selama dua bulan bagi memberi ruang buat pihak Suria FM menyusun strategi bersama penyampai baharu.

“Kami minta dia berehat agar kami boleh menyusun strategi survey dan program Ramadan serta Hari Raya.

“Namun, gajinya masih lagi akan dibayar sehingga 9 Mac ini,” akhirinya.

Published by
Aizam Manaf