Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan dirinya memang sudah lama menjangkakan beberapa kawasan di Lembah Klang bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 gara-gara kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat hari demi hari.
Jelas Dr. Say, dia telah meneliti segala intipati yang telah dijelaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob namun, dia juga tidak menafikan terdapat juga beberapa perkara yang telah mencetuskan kekeliruan difikirannya.
“I Was Right Again. Yang kita bakal PKP 3.0. By “kita” i mean 6 daerah di Selangor yang mana Cyberjaya termasuk dalam salah satu daerah tersebut.
“Saya teliti intipati sidang media Datuk Seri Ismail Sabri petang tadi mengharapkan yang mungkin PKP 3.0 ni macam yang kita harapkan dari post saya yang lepas yakni “seketat PKP 1.0” tapi as expected ia macam PKP 2.0.
“Ziarah hari raya pertama dibenarkan, takbir & solat sunat Aidilfitri dibenarkan, aktiviti ekonomi dibenarkan (dengan SOP ketat katanya). Basically sama macam sekarang cuma seperti biasa tak boleh rentas daerah tu jelah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, walau apa pun yang berlaku, dia tetap akan menuruti apa sahaja saranan kerjaan yang ketika ini sedang bertungkus lumus untuk memutuskan rantaian Covid-19.
“Seperti biasa juga, lepas habis sidang media tu terduduk sy dibuatnya. Sebab seperti biasa juga ada elemen2 confusion di situ. Contohnya, tak dibenarkan pengajuran rumah terbuka tapi dibenarkan ziarah hari raya pertama tidak melebihi 15 orang pada satu masa.
“Apa bezanya? Ziarah raya pertama ada makan-makan dan lepak-lepak macam rumah terbuka gak kan cuma mungkin rumah terbuka bunyinya susah sikit nak manage crowds lah kot dak?
“Apa-apa pun, keputusan dah dibuat, siapalah kita untuk persoalkannya maka sama-sama lah kita patuhi apa yg telah ditetapkan,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai reaksinya berhubung jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat hampir setiap hari, bapa kepada seorang anak ini tanpa berselindung mendedahkan dia sememangnya berasa sangat bimbang dengan situasi yang melanda negara ketika ini.
“Nampak gaya tahun ni raya di Cyberjaya jelah gamaknya. Agak menakutkan kes kematian arini (23 kematian) menghampiri kes kematian tertinggi negara kita pada 18 Feb yakni sebanyak 25 kematian.
“Tengok jumlah pesakit yg memerlukan bantuan alat pernafasan di ICU pun mengerikan (181 pesakit). Penat sebenarnya layan natang Covid ni.
“Walaupun saya tak berdepan dengannya on a daily basis tapi baca berita Covid, baca nombor Covid, dengar kisah people affected by Covid agak draining mentally.
“Takpelah slowly but surely we will win this war against Covid-19. Let’s do this together peeps! Duduk daerah diam2, jangan melangakui batas & jangan mengilai-ngilai ke Nilai,” akhirinya.
Terdahulu, Datuk Seri Ismail telah pun mengumum pelaksanaan PKP di beberapa daerah di negeri Selangor akan bermula pada 6 Mei sehingga 17 Mei depan.
Sumber: Instagram Dr Say Shazril