Penyampai radio, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra dengan panggilan DJ Lin berkongsi pengalamannya bersama seorang kenalan yang didakwa telah meminjam wang daripadanya sekitar 5 tahun lalu.

Kongsi Lin menerusi satu hantaran di akaun Instagram, individu berkenaan sehingga kini dikatakan masih belum membayar wang yang dipinjam daripadanya.

“Jumlahnya 4 Angka, Sampai Sekarang Diam…,” – Cerita 5 Tahun Lalu, DJ Lin Dedah Ada Peminjam Yang ‘Liat’ Bayar Hutang “Jumlahnya 4 Angka, Sampai Sekarang Diam…,” – Cerita 5 Tahun Lalu, DJ Lin Dedah Ada Peminjam Yang ‘Liat’ Bayar Hutang

“Jom! Kita share cerita pasal #hutang Sapa ada pengalaman orang pinjam duit pastu liat nak bayar? #djlin ada pengalaman orang dalam industri hiburan sendiri.

Ads

“Kisah sekitar 5 tahun lepas. Dia hubungi Lin nak pinjam duit utk bayar payment artis & katanya akan bagi balik dlm masa terdekat once dapat payment dpd organizer. Jumlahnya 4 angka. Sampai sekarang diam & buat dek jer,” tulisnya.

Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap individu terbabit mempunyai sifat belas ehsan dan kesedaran diri untuk membayar kembali hutang berkenaan.

“Awal dulu ada jugak tanya bila bole bayar balik tapi jawapannya menghampakan & sampai sekarang xda inisiatif nak hubungi Lin apatah lg update tentang bila dia nak bayar hutang tu.

Ads

“Moga Allah gerakkan hati dia utk bayar balik sebab duit tu Lin memang allocate utk kecemasan utk bantu ahli keluarga & kawan disaat memerlukan.

“Pesan orang tua dulu2, Orang yg liat membayar hutang ni hidupnya takkan tenang & takkan berjumpa senang Anda pulak? Ada kisah ke pasal orang yg liat bayar hutang ni? Cuba kongsi kt sini #orangberhutang #liatbayarhutang,” tulisnya lagi.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Jumlahnya 4 Angka, Sampai Sekarang Diam…,” – Cerita 5 Tahun Lalu, DJ Lin Dedah Ada Peminjam Yang ‘Liat’ Bayar Hutang “Jumlahnya 4 Angka, Sampai Sekarang Diam…,” – Cerita 5 Tahun Lalu, DJ Lin Dedah Ada Peminjam Yang ‘Liat’ Bayar Hutang

Foto: Instagram Dj Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI