Sebelum ini pelakon, Sharifah Sakinah ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram bagi memanjatkan doa semoga rakannya yang ditulis sebagai Nanad diberikan kekuatan atas ujian yang menimpa.

Bagaimanapun, menerusi posting terkini yang dikongsi di platform sama, Sakinah menyatakan adalah lebih baik untuk dia memadam kembali apa yang pernah dikongsikan.

“Dah boleh delete kot post Ini. Saya jumpa Awak di alam lain, di situ tiada radar. Say words from the heart, put your feet on the ground,” tulisnya.

“Jumpa Awak Di Alam Lain, Situ Tiada Radar,” – Sharifah Sakinah

Pada masa sama, Sakinah turut mendakwa sikap narsisistik dan pentingkan diri sendiri hanya akan makan diri.

“Your narcissistic thoughts, fake words and in denial action will become your destiny,” katanya lagi.

Ads

“Jumpa Awak Di Alam Lain, Situ Tiada Radar,” – Sharifah Sakinah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai, antaranya;

“Sedihkan bila kawan-kawan yang tak menghargai kawan ni. Masa susah dahulu, kawan-kawan la yang banyak bantu tapi bila senang, kawan-kawan yang dilupakan.

Ads

“Hanya pandangan peribadi, kita ini sebenarnya tak boleh sombong. Masa kita hidup dan sihat, boleh la kita cakap, aku jatuh bangun sendiri dan tiada siapa tolong. Tunggu kita sakit dan jadi jenazah nanti, hatta doa pun kita minta orang tolong doakan. Jenazah pun kena orang uruskan. Jangan sombong melainkan orang itu ada buat salah dengan kita.

“Bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang terjadi, InsyaAllah ada hikmah. Awak kawan yang baik. Teruskan. Dia yang rugi jadi, biarkan.

“Tak mengapalah. Orang tak ingin, kita pun tak hendak. Stay strong korang.

Ads

“Jangan delete Kinah, mak saya pesan, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Nanti dah susah baru nak cari kita balik. What you give, you get back,” antara komen-komen netizen.

“Jumpa Awak Di Alam Lain, Situ Tiada Radar,” – Sharifah Sakinah

Sakinah bagaimanapun tidak memberikan perincian lanjut mengenai apa yang dikongsikan itu, hari ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Syarifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI