Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengenang kembali detik-detik permulaan pertemuannya dengan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra disapa Budak Ijat.

Menurut Fasha, dia sebenarnya amat mengagumi karya-karya Budak Ijat seterusnya memasang impian untuk berkerja dibawah arahannya.

Katanya lagi, pada mulanya dia menganggap Budak Ijat sebagai seorang yang agak sombong kerana dikatakan kurang mesra ketika bertemu dibeberapa majlis.

“Apa yang kita cakap dalam hati sebenarnya ibarat doa. Satu ketika dahulu pernah cakap dalam hati, ‘Wow, bagusnya karya-karya Budak Ijat dan Radiusone.

“Pernah juga jumpa Budak Ijad dekat TV3 di event-event tapi depa macam tak pandang kita. Kita tegur tapi depa macam tak berapa layan. Dalam hati kita, kekwatnya depa ni,” tulisnya.

Ads

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Khilaf Asmara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.

Bagaimanapun, tanggapannya terhadap Budak Ijat berubah apabila mereka mula berkerjasama tiga tahun yang lalu.

Ads

“Sekarang ini sudah jadi manusia yang paling rapat sebab dalam tiga tahun ini, dah empat siri panjang dengan depa. Depa ini bukan sombong tetapi pemalu dengan orang yang tak dikenali,” kongsinya lagi.

Lantaran itu, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak berputus asa untuk mengejar apa yang telah kita impikan.

“Kepada yang membaca nota ini, tak salah berangan sebab kadang-kala, angan-angan kita akan jadi kenyataan. Berangan ditambah dengan usaha.

Ads

“Terima kasih Radiusone untuk rezeki yang tak putus-putus ini,” akhirinya.

Setakat ini, antara drama-drama yang dilakonkan oleh Fasha Sanda bersama produksi Radius One adalah Scammer, Khilaf Asmara, Dendam Seorang Isteri dan Malang Si Puteri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI