Pelakon Hannah Delisha memaklumkan telah dirinya mengalami keguguran, baru-baru ini.
Bintang asal Singapura itu berkongsi khabar tersebut menerusi salah satu hantaran yang dikongsikan di aplikasi X dan Insta Stories di Instagram.
“Mengalami keguguran pertama saya yang. Mengirimkan cinta dan kekuatan kepada semua wanita yang mengalami keguguran.
“Duka yang tak tertahankan, dialami oleh banyak orang namun hanya sedikit dibicarakan oleh sedikit.
“Saya berharap dengan membaca posting ini, ia dapat mengingatkan seseorang bahawa mereka tidak sendirian.
“Semoga Allah menyembuhkan kita, meringankan rasa sakit kita dan mengisi hati kita dengan kedamaian dan kenyamanan. Insya-Allah jumpa di Syurga nanti sayang,” tulisnya.
Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Iman Shah pada tahun 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang diraikan secara sederhana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding
Bersempena majlis pernikahan yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Cintra Lestari ada muat naik sebuah hantaran video istimewa di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Bunga telah meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.
Menurut Bunga, selepas pemergian suaminya yang juga merupakan pelakon asal Malaysia, Allahyarham Asyraf Sinclair, dia sering tertanya-tanya adakah dirinya mampu kembali mengecap rasa bahagia.
“Melihat ke belakang dan merasakannya kembali, saat aku bertanya, adakah bahagia itu akan ada lagi? Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan rasa sakit.
“Menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pernah pergi. Akan tetap ada di situ tapi aku boleh hidup dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.
“Pada sebuah waktu, hadirlah seorang lelaki yang turut membawa rasa sakit melalui kisah hidupnya sendiri. Waktu demi waktu dilalui. Sakit mula dibahagi.
“Aku tak berasa sendiri lagi. Canda tawa kembali hadir. Aku mula merasakan yang aku layak untuk dicintai dan bahagia,” ujarnya lagi.
Menerusi video yang sama, Bunga turut berkongsi momen akad nikah bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana.
Katanya lagi, pemergian Allahyarham Asyraf akan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hatinya meskipun selepas dia mendirikan rumah tangga.
“Rasa sakit itu akan selamanya ada tapi lelaki ini mengembalikan senyumanku. Dia membawaku ke suatu tempat yang saya sendiri tak berani nak impikan. Yang dipanggil rumah.
“Awak adalah kawan terbaik yang menyinari gelapku. Pasanganku yang kucintai. Terima kasih kerana membiarkan saya menjadi diri sendiri. Terima kasih kerana mencintai diri saya,” akhirinya.
Terdahulu, majlis pernikahan Bunga dan Tiko telah berlangsung secara tertutup di Bali yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat.
Turut dilihat hadir di majlis tersebut termasuklah kedua ibu bapa Allahyarham Asyraf dan adiknya iparnya Aisyah Sinclair.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram BCL & Luna Maya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Kecil Hati, Tak Kan Sikit-Sikit Nak Sentap,” – Ada Kurang Senang Tengok Imej Kak Lina Di Big Stage 5, Tuan Badan Terbuka & Hormati Komen Netizen
“Semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kerana menonton Big Stage 5.”
Demikian reaksi pengacara Big Stage 5 (BS5) Elly Mazlein mengenai komen yang diberikan segelintir warganet yang seolah-olah kurang senang melihat penampilan bintang berkenaan ketika mengenalikan program itu, malam tadi.
Elly yang mesra disapa Kak Lina tampil mengenakan persalinan jaket senteng dalam rona perak lengkap dengan padanan skirt labuh bawah lutut.
“Tidak mengapa, kita sentiasa kena positif. Apa sahaja (yang ditulis) di Twitter ke apa tak apa saya okay. Sebab saya juga dapat banyak sokongan daripada mereka juga. Jadi kalau ada yang tegur ke saya okay dan hormati. Kerja tetap jalan seperti biasa,” katanya kepada MH.
Mahu terus perbaiki demi memberikan yang terbaik, penyanyi lagu Dusta Cinta ini bagaimanapun mengambil maklum akan nasihat serta teguran membina warganet terhadapnya.
“I love netizen… bukannya apa sebab apa yang saya nampak, ada di antara mereka yang sebenarnya banyak membantu dalam perjalanan karier seni saya juga. Kita tidak boleh sikit-sikit nak sentap, melenting. Tak payah.
“Sebab mungkin ada yang diperkatakan oleh mereka itu betul. Masing-masing punya hak untuk membuat sebarang komentar. Saya menghormati segala pendapat.
“Saya tak pernah nak marah sebab saya berada di sini dan diterima pun kerana mereka juga. Tak boleh nak kecil hati. Kita pula sudah 18 tahun (dalam industri) tak kan sikit-sikit nak sentap,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ramai juga yang terhibur dengan gaya mengacaraannya bersama rakan hos, Rina Nose meski pertama kali digandingkan bersama di atas satu pentas secara langsung.
“Sebagai hos kita cubalah memberikan yang terbaik dan saya bersyukur kerana ‘combo’ Kak Lina dan Rina ini diterima. Bukan senang nak buat orang ketawa. Memang kami menjadi pengacara sebuah rancangan pertanding, tetapi pada masa sama kita selitkan juga jenaka dan elemen humor.
“Sebab kita mainkan peranan iaitu selain penonton melihat sebuah pertandingan, pada masa sama mereka juga boleh berhibur. Tidaklah sekarang ada pertandingan sahaja, tak best… kena ada ‘warna,” katanya.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari AuditoriumMBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Terdahulu dalam minggu ketiga saingan, penyanyi Naufal Azrin diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir selepas berada di kedudukan tiga tercorot.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Diberi Kesihatan Yang Baik,” – Izara Aishah Kongsi Foto Terkini Dengan Anak, Tengah Pam Susu Pun Masih Nampak Cantik!
Pelakon Izara Aishah ada berkongsi foto terkininya di samping anak sulung, Irisa Alaia Muhammad Adib di Instagram pada Isnin.
Menerusi beberapa foto yang dirakam oleh suami tercinta, bintang J Revolusi itu tetap tampak menawan dan kelihatan Izara sedang melakukan pam susu buat permata hatinya itu.
View this post on InstagramA post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on
Lalu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji Izara yang kekal tampak cantik bereri.
Malah, tidak kurang yang menyifatkan susu ibu merupakan susu terbaik buat si kecil.
Untuk rekod, Izara yang juga finalis Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.
Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka pada 15 April lalu.
Foto: Instagram Izara Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI