Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hadir tepat jam 8.55 pagi Isnin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Kelihatan tenang, Syamsul, 39, hadir diiringi peguam, Azmi Mohd Rais bersama sepupuny, Rizal Ashref selaku wakil JKP Syamsul.
“Jumpa sekejap lagi,” ringkas kata Syamsul kepada pihak media.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui dia tidak rasa penat atau ‘terseksa’ apabila menyampaikan dua buah lagu di saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang pertama, Jumaat lalu.
Malah, bintang ini mengakui mendapat rehat serta tidur yang cukup untuk membuat persembahan menerusi dua buah lagu, Hatiku Milikmu dan Satukan (duet bersama Khai Bahar) pada persembahan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu.
“Saya dapatkan tidur yang cukup dan ada melakukan beberapa latihan. Biasanya sebelum buat persembahan pada waktu malam, saya akan menyanyi di rumah atau dalam kereta untuk biasakan diri.
“Tidaklah rasa tak selesa. Okay sahaja, enjoy je. Bila dengar balik dan maklum balas yang diterima pun okay. Saya tidaklah nak kata saya sudah puas hati, saya rasa masih boleh lakukan yang lebih baik.
“Cuma untuk malam ini saya rasa, tiada masalah atau ada isu penat dan sebagainya. Rasanya saya sudah bersedia untuk dua persembahan di semi final ini,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata demikian sebagai mengulas reaksi sesetengah pihak yang membayangkan persembahannya pada malam berkenaan tidak berapa meyakinkan.
Malah, ada yang menyifatkan nyanyiannya pada malam itu juga kurang merdu seperti kebiasaannya gara-gara turut beri fokus dengan komitmen lain.
“Kalau nak diikutkan mengenai pembahagian masa dengan nyanyian serta lakonan, kadang-kadang kita tiada piihan. Kena lakukan sahaja yang sudah dijanjikan.
“Amanah yang diberikan saya cuba buat sehabis baik, sama ada dalam lakonan atau nyanyian. Saya tiada pilihan memang kena harung walau kalau nak diikutkan setiap hari kerja memang penat. Sementara ada permintaan tu, kita cubalah berikan masa,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Satukan Rasa yang masih lagi berbaki.
Satukan Rasa yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD turut menampilkan Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren dan ramai lagi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jue Aziz memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 dengan mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala.
Menurut Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz dia turut mengalami selsema selain hilang deria rasa.
“Please doakan kesihatan Jue. Jue positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, flu, hilang deria rasa. Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu.
“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat, tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Jue menerusi satu hantaran di laman Instagram, hari ini.
Pelakon filem Hantu Bonceng ini juga turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.
“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas dia kalian, amin,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, isu mengenai penghasilan karya-karya atau filem-filem yang menyentuh mengenai hal sensitiviti agama menjadi topik hangat dikalangan masyarakat sehingga turut mendapat perhatian pihak kerajaan.
Hal berkenaan turut mendapat respon daripada pelakon dan pengacara, Sean Lee.
Bakal menerbit dan mengarahkan karya sendiri, Sean yakin penonton masa kini sudah semakin bijak menilai dan kepercayaan mereka juga tidak akan mudah tergugat hanya kerana perbezaan daripada sudut pandang agama.
“Saya percaya para penonton masa kini sudah matang. Ramai diantara kita, ketika ini, menonton drama atau filem di platform penstriman seperti Netflix.
“Sebagai contoh, kalau kita tonton karya seram yang berkait rapat dengan agama Kristian, adakah iman mereka akan tergugat? Saya rasa tidak. Saya percaya pegangan penonton kita kuat.
“Kalau saya arahkan sesebuah karya berkaitan apa-apa agama sekalipun, saya rasa penonton kita boleh terima,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon drama Cinta Buat Dara ini mendedahkan dirinya juga tidak gentar untuk melampaui batas bagi menghasilkan karya-karya yang lebih segar.
“Berkaitan isu tapisan pula, saya rasa penonton kita okay sahaja. Pihak bertanggungjawab hanya akan bimbang jika sesuatu karya itu menimbulkan kerisauan penonton. Sebenarnya, manusia boleh berfikir dan kita mampu tapis sendiri apa yang baik dan tidak.
“Andai satu hari nanti saya menjadi pembikin filem, saya tak takut nak melampaui batas walaupun sedikit. Itu memang misi saya.
“Kalau tak buat, takkan nak tunggu saya ke luar negara dahulu dan berjaya dekat sana baru nak hargai. Sama juga isunya macam Datuk Michael Yeoh.
“Saya mahu bermula dengan langkah-langkah kecil tapi mampu beri impak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Sean turut memaklumkan dirinya kini sedang dalam proses untuk mula menerbitkan dan mengarahkan karyanya sendiri buat kali pertama.
“Bulan puasa ini, saya memilih untuk berehat dan beri fokus kepada projek sendiri. Saya akan menerbitkan dan mengarahkan sebuah karya sendiri buat kali pertama.
“Sebelum ini, saya pernah mengarahkan sebuah filem pendek sebagai percubaan. Ia merupakan sebuah telefilem kerana saya belum cukup bajet untuk menghasilkan karya berbentuk filem.
“Saya akan adakan sesi ujibakat kerana saya mahu mencari watak utama daripada kalangan pelakon baru dan segar,” kongsinya lagi.
Karya berkenaan dijadualkan akan mula ditayangkan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...