Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hadir tepat jam 8.55 pagi Isnin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Kelihatan tenang, Syamsul, 39, hadir diiringi peguam, Azmi Mohd Rais bersama sepupuny, Rizal Ashref selaku wakil JKP Syamsul.
“Jumpa sekejap lagi,” ringkas kata Syamsul kepada pihak media.
Sementara itu, Puteri Sarah tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.05 pagi juga kelihatan ceria sebelum menyapa para media.
Dia hadir ditemani adiknya, Puteri Sofea Nadhira Megat.
Sarah mengharapkan semua kemelut yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.
“Doakan yang baik-baik agar semuanya selesai, jumpa sekejap lagi,” kata Sarah.
Terdahulu sesi perdamaian kali pertama JKP pada 24 Mac lalu menemui jalan buntu selepas Puteri Sarah nekad dengan keputusannya untuk bercerai.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.