Zizan Razak akui tindakannya yang menulis komen di Instgram selain berkongsi mengenai persamaan rambutnya dengan adik Neelofa, Ameera Khan tidak lebih hanya sekadar gurau semata.
Menafikan apa yang dilakukan mempunyai niat lain, pelakon Polis Evo ini menyifatkan bintang media sosial yang sinonim digelar Little Miss Khan (LMK) itu tak ubah sepertoli adiknya sendiri, memandangkan hubungannya baiknya dengan Neelofa.
“Saya dengan LMK (Ameera) tu ibaratnya macam adik saya. Dia adik Neelofa dan hubungan kami baik. Tempoh hari saya ada ke rumahnya selapas diundang untuk makan-makan.
“Jumpa tak berborak pun, pemalu budak tu rupanya. Akan tetapi kami semua kawanlah. Tiada istilah ‘nak try’, saja gurau-gurau,” jelasnya kepada MH.
Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak turut menambah, Ameera juga ada memberikan reaksi apabila foto gaya rambut sama di antara keduanya mendapat perhatian netizen.
“Saya tengok rambut dia dengan dengan rambut saya seakan sama. Jadi saya pun cantumkanlah.
“Malah dia pun ada DM saya, katanya ia kelakar. Setakat itu sajalah. Tidak ada lebih pun,” katanya lagi.
Terdahulu, Zizan,35, ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Bulan & Pria Terhebat di Damansara Utama, baru-baru ini.
Selain Zizan, turut sama terlibat di dalam filem arahan arahan Ghaz Abu Bakar itu ialah Zahirah MacWilson, Maya Karin, Alif Hadi, Sein Qudsi dan Bell Ngasri.
Bulan & Pria Terhebat bakal menjengah pawagam 12 Mac depan.
https://www.instagram.com/p/B8qeJQIB02U/?igshid=em1i9vwrq3ze
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI