Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Datuk Mokhzani Ismail tidak menafikan jurang sengit yang diterima menerusi dua buah lagu bertanding, Terus Hidup dan Semalam Di Temasek, malam tadi.
Mokhzani berkata, barisan jemaah juri yang terdiri daripada Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian, perlu mencari kelainan dalam setiap lagu dan Terus Hidup dan Anugerah Terindah menjadi pilihan.
Bagaimanapun katanya, Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek bersaing rapat.
“Dari 12 lagu, sebanyak tujuh lagu berada dalam genre pop balada. Dua lagu dalam kategori hip hop, iaitu lagu Satu Malam Di Temasek dan Payung Pelangi.
“Sementara dua buah lagu etnik kontemporari iaitu lagu nyanyian Shiha Zikir dan Iman Troye serta sebuah lagi lagu R&B nyanyian Alif Satar & The Locos.
“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat jurang permarkahannya iaitu antara Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek,” katanya.
Terus Hidup yang diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu adalah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul sementara karya Semalam Di Temasek pula dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya Joe Flizzow bersama rakan seperjuangan, SonaOne.
Ads
“Dua lagu yang kami merasakan sangat dekat jurang markahnya, iaitu Terus Hidup dan Semalam Di Temasek. Apabila pemarkahan dibuat daripada sudut melodi dan kreativiti, lirik kedua-duanya sangat kuat.
“Daripada segi vokal pula, ada dua aspek. Pertama vokal di dalam album dan kedua persembahan di atas pentas (secara langsung). Kalau kita tengok, Aina turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaik.
“Itu di antara faktor yang mengangkat markah Terus Hidup menjadi sedikit lebih berbanding Semalam Di Temasek. Kalau boleh saya kongsikan, jurang sebanyak dua markah sahaja.
“Begitu juga dengan lagu yang memenangi tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop, balada.
Ads
“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat kita diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawa lagu Anugerah Terindah jadi pilihan,” katanya ketika sidang media AJL37.
Mewakili barisan juri bagi edisi AJL tahun ini, beliau menyifatkan pemilihan penyanyi wanita itu sebagai pemenang trofi utama sebagai pilihan yang tepat.
“Bagi saya, saya tidak ragu-ragu mengangkat Aina Abdul. Kalau kita lihat, persembahan ‘live’ Aina menerusi Terus Hidup berbading di dalam album ada sedikit perbezaan.
Ads
“Dibawanya persembahan secara langsung melebihi daripada apa yang didengari di dalam album. Garapan yang dibuat Jenny Chin bukan mudah. Kalau kita kaji di segmen akhir lagu itu, ada ‘progression chord’ yang boleh ‘menjerat’ penyanyi.
“Tetapi bahagian-bahagian sedemikian ini telah disampaikan Aina dengan baik. Bagi saya, sebulat suara mengakui Aina Abdul sebagai juara AJL37.
“Tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah yang bersifat luar biasa,” katanya lagi.
Aina turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik sementara Shiha pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama.
Penyanyi popular, Khai Bahar yang membawa saingan dengan lagu Sengsara dipilih sebagai Pemenang Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat terkejut selepas mengetahui ibunya merupakan salah seorang kontak rapat dengan mangsa pesakit Covid-19.
Jelas Nubhan, ibunya itu difahamkan telah menjadi kontak rapat sewaktu menghadiri aktiviti solat terawih pada hari terkahir Ramadan baru-baru ini.
Katanya lagi, tambah membimbangkan apabila pesakit yang telah dijangkiti Covid-19 tersebut dikhabarkan baru sahaja meninggal beberapa hari yang lalu.
“Berderau jantung bila dapat tau mak adalah contact rapat mangsa covid 19 di Masjid Juasseh (solat tarawih) akhir ramadhan haritu.
“Dan yang paling merisaukan bila mangsa itu baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Takziah buat keluarga mangsa,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bintang Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.
Sehubungan itu juga, Nubhan difahamkan telah membawa ibunya itu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah, bapa kepada dua orang anak ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Ya Allahhh, kau jauhkanlah mak aku dari bencana wabak ini. Lindungilah mak aku dari segala perkara buruk. InsyaAllah esok akan tau resultnya. Debarannya hanya tuhan yang tau
“Saya mohon doa semua orang agar mak saya negative wabak durjana ini. Semoga Allah melindungi kita semua dan mengangkat wabak durjana ini dari muka bumi ini. Aminn. I love you mak. They love you mak jenny,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Nubhan sekeluarga.
Sekadar informasi, Nubhan sebelum ini sering kali berkongsi mengenai telatah ibunya itu di saluran Youtube miliknya sehinggakan ibunya itu semakin dikenali ramai dan turut popular dengan panggilan Mak Jenny.
Sumber: Instagram Nubhan Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon remaja, Mia Sara tampil memberikan penjelasannya berhubung sebuah video yang yang memaparkan dirinya sedang menerima suntikan vaksin.
Video yang pada mulanya dimuat naik di aplikasi Tik Tok itu difahamkan telah menerima teguran daripada segelintir pihak yang kurang senang melihat Mia menerima suntikan daripada doktor lelaki.
Lantaran itu, menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Mia telah pun tampil memberikan reaksi balasnya berhubung teguran tersebut.
Jelas Mia, perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan ia merupakan sebuah prosedur yang harus dijalankan oleh pihak.
Malah, pelakon drama Geng SMK ini turut menjelaskan dia juga tidak boleh memilih doktor yang ingin memberikan suntikan.
why are yall so pissed off tht my doctor is a guy? you do know tht i can't choose and for medical reasons its fine 😅 thts why when u wanna comment abt smtg make sure u know what you're talking abt pic.twitter.com/dfUKdDwKS1
“Kenapa anda semua begitu marah sekali bila doktor saya merupakan seorang lelaki. Saya rasa anda tahu yang saya tak boleh memilih doktor dan untuk tujuan perubatan, ia juga dibenarkan.
“Itulah sebabnya sebelum nak memberikan sebarang komen terhadap sesuatu perkara, pastikan anda tahu dahulu apa yang ingin diperkatakan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mia turut menasihati semua pihak untuk berfikir dahulu sebelum memberikan sebarang pendapat berhubung sesebuah perkara.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netinzen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut menasihati Mia untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
“So true. Bukan kita boleh suka-suka nak minta doktor mana-mana.
“Don’t listen to them okay. Pelik jugak triggered tak tentu pasal ni.
“Tulah takkan korang nak doctor tu inject kat dahi pula.
“Pay no mind. It’s Tiktok. Literally anyone, if not everyone will get offended over every little things,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berdurasi hampir 15 saat itu telah pun menerima lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen di aplikasi Tik Tok.
Sumber: Twitter Mia Sara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menegaskan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mencipta akaun media sosial palsu dengan menggunakan namanya.
Menurut Jep, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di Twitter manakala di Facebook pula dia hanya mempunyai sebuah akaun rasmi.
“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang acount di Twitter.
“Saya mohon apa sahaja acount yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio yang mengendalikan program Pagi Di Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Jep turut berkongsi beberapa foto tangkap layar yang memaparkan senarai akaun-akaun palsu yang menggunakan namannya dan juga isteri, Sari Yanti.
“Untuk makluman semua, ini diantara fake acount di FB & Twitter yang menggunakan nama saya dan isteri. Saya tiada sebarang acount di Twitter dan hanya ade satu page acount di FB.
“Wife saya pula tiada sebarang acount di Twitter dan juga FB. Saya mohon acount-acount yang menggunakan nama saya dan isteri tolong delete, kalau tidak saya terpaksa ambil tindakan,” kongsinya lagi.
Jelas Jep lagi, sekiranya pemilik-pemilik akaun tersebut masih berdegil, tindakan tegas mungkin akan diambil.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut kerana selama ini menganggap akaun-akaun berkenaan adalah benar kerana miliki jumlah
pengikut yang sangat ramai.
Terdahulu, Jep kini dilihat sedang sibuk mempromosikan musim terbaru Sepahtu Reunion Live yang telah pun memulakan siarannya pada 8 Oktober lalu.
Pada musim kali ini, Sepahtu Reunion Live tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka harus beraksi tanpa kehadiran peminat dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuat kuasakan ketika ini.
Sumber: Instagram Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!