Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Datuk Mokhzani Ismail tidak menafikan jurang sengit yang diterima menerusi dua buah lagu bertanding, Terus Hidup dan Semalam Di Temasek, malam tadi.
Mokhzani berkata, barisan jemaah juri yang terdiri daripada Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian, perlu mencari kelainan dalam setiap lagu dan Terus Hidup dan Anugerah Terindah menjadi pilihan.
Bagaimanapun katanya, Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek bersaing rapat.
“Dari 12 lagu, sebanyak tujuh lagu berada dalam genre pop balada. Dua lagu dalam kategori hip hop, iaitu lagu Satu Malam Di Temasek dan Payung Pelangi.
“Sementara dua buah lagu etnik kontemporari iaitu lagu nyanyian Shiha Zikir dan Iman Troye serta sebuah lagi lagu R&B nyanyian Alif Satar & The Locos.
“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat jurang permarkahannya iaitu antara Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek,” katanya.
Terus Hidup yang diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu adalah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul sementara karya Semalam Di Temasek pula dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya Joe Flizzow bersama rakan seperjuangan, SonaOne.
Ads
“Dua lagu yang kami merasakan sangat dekat jurang markahnya, iaitu Terus Hidup dan Semalam Di Temasek. Apabila pemarkahan dibuat daripada sudut melodi dan kreativiti, lirik kedua-duanya sangat kuat.
“Daripada segi vokal pula, ada dua aspek. Pertama vokal di dalam album dan kedua persembahan di atas pentas (secara langsung). Kalau kita tengok, Aina turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaik.
“Itu di antara faktor yang mengangkat markah Terus Hidup menjadi sedikit lebih berbanding Semalam Di Temasek. Kalau boleh saya kongsikan, jurang sebanyak dua markah sahaja.
“Begitu juga dengan lagu yang memenangi tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop, balada.
Ads
“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat kita diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawa lagu Anugerah Terindah jadi pilihan,” katanya ketika sidang media AJL37.
Mewakili barisan juri bagi edisi AJL tahun ini, beliau menyifatkan pemilihan penyanyi wanita itu sebagai pemenang trofi utama sebagai pilihan yang tepat.
“Bagi saya, saya tidak ragu-ragu mengangkat Aina Abdul. Kalau kita lihat, persembahan ‘live’ Aina menerusi Terus Hidup berbading di dalam album ada sedikit perbezaan.
Ads
“Dibawanya persembahan secara langsung melebihi daripada apa yang didengari di dalam album. Garapan yang dibuat Jenny Chin bukan mudah. Kalau kita kaji di segmen akhir lagu itu, ada ‘progression chord’ yang boleh ‘menjerat’ penyanyi.
“Tetapi bahagian-bahagian sedemikian ini telah disampaikan Aina dengan baik. Bagi saya, sebulat suara mengakui Aina Abdul sebagai juara AJL37.
“Tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah yang bersifat luar biasa,” katanya lagi.
Aina turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik sementara Shiha pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama.
Penyanyi popular, Khai Bahar yang membawa saingan dengan lagu Sengsara dipilih sebagai Pemenang Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azza Elite memaklumkan bapa mertuanya telah meninggal dunia pada pukul 4.55 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya, walau bagaimanapun tidak dinyatakan sebab kematian.
“innalillahiwainnailahirojiun mohon sedekah kan alfatihah buat allahyarham bapa mertua saya arwah zulaily baharudin telah pergi meninggal kan kami jam 4.55 am,” kongsinya.
Meraikan Aidilfitri lebih awal bersama bapa tercinta, pelakon dan hos, Yana Samsudin meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang meraikan hari lebaran bersama keluarga.
Difahamkan, bapanya seorang pesara tentera tetapi kini menyara keluarga dengan menebar roti canai pada usia 65 tahun sehinggalah arwah neneknya jatuh sakit.
“Beraya awal dengan abah, sebab esok nak balik beraya di Kedah…
“Alhamdulillah, untungnya Yana masih ada insan bergelar abah di sisi yana, banyak mendidik & mengajar erti kehidupan dunia akhirat… seorang pesara tentera yang telah mendisplinkan yana, sejak dari kecik lagi yana saksikan abah & mak bertungkus lumus menjaga kami 5 beradik hingga dewasa, gigihnya dia bekerja utk menyara kami semua.
“Sampai usianya 65 pun masih berdiri dari jam 6pagi sampai jam 12 tghari menebar roti canai , malamnya pula menguli roti canai untuk esok. .
“Sampai lah arwah nenek sakit tak boleh bangun baru abah berhenti berniaga , fokus kepada jaga nenek. .
“Sekarang usia abah 74tahun . Takde kata yang lebih besar dari syukur pada Allah Taala kerana kurniakan abah pada kami, abah la tempat mengadu dari segala jenis hal dalam dunia ni, segala nasihat dan pesannya takkan yana lupakan sejak dari kecik lagi, hingga sekarang dah ada suami, abah tetap jalankan tugasnya sebagai abah menasihati yana & suami dari segala segi.
“Hanya Allah yang dapat balas jasa2 abah 😢 . Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada mak abah kalian yang telah meninggal dunia.. .
“Korang ada sesiapa yang korang rasa bersyukur sangat untuk mereka berada di sisi dan berkongsi cerita boleh swipe sebelah.”
Duo kumpulan antarabangsa, Everything About The Girl (EATG), meluahkan rasa lega akhirnya berjaya menghasilkan sebuah album penuh selepas 24 tahun menanti peluang ini.
Menurut Tracey Thorn, tentunya dia dan Ben Watt tidak dapat lari daripada tekanan kerana perjalanan untuk mereka menghasilkan album berjudul Fuse ini dirasakan cukup lama.
“Kami memulakan projek album ini pada Mac 2021. Tekanan semestinya ada, apalagi peminat juga sudah begitu lama menanti kehadiran buah tangan ini daripada kami.
“Mahu atau tidak, kami cuba juga memenuhi permintaan mereka. Jadi dengan semangat yang ada dan hati yang terbuka meskipun pada masa yang sama kami tak pasti apa penerimaan pendengar terhadap album ini, kami tetap teruskan dan cuba berikan yang terbaik,” katanya.
Menurut Tracey lagi, dia dan Ben menjalankan proses rakaman album ini di kediaman mereka bersama jurutera muzik, Bruno Ellingham.
“Dua bulan pertama proses karya-karya lagu dijalankan, kami merancang untuk menamakan album ini dengan judul TREN (Tracey dan Ben). Tetapi, selepas seketika, kami pilih untuk berikan nama Fuse untuk album ini.
“Ia dirasakan sesuai kerana kebanyakan trek lagu dalam album ini ada suntikan bunyian atmosferik terutama untuk lagu When You Mess Up dan Interior Space.
“Begitu juga dengan lagu Nothing Left To Lose dan Caution To The Wind. Bagi saya, lirik-lirik di dalam album ini juga berbeza daripada apa yang peminat pernah dengar sebelum ini,”katanya.
Mengakui hal tersebut, Ben pula berkata, dia benar-benar menikmati momen sepanjang proses karya album ini dihasilkan.
“Bagi saya semuanya mengujakan. Apa yang boleh dikatakan, album ini tidak hanya tentang kami berdua. Namun buat pendengar, mereka akan tahu, inilah ‘bunyi’ kami. Bunyi Everything But The Girl,”katanya.
Untuk info, EBTG mula menembusi pasaran muzik Indie United Kingdom (UK) sekitar tahun 1982 menerusi lagu cover pertama mereka berjudul Cole Porter’s Night and Day.
Tidak menunggu lama, EBTG kemudiannya muncul dengan sebuah album emas di sekitar era yang sama sebelum menghasilkan Amplified Heart pada tahun 1994.
Album tersebut mencipta kejayaan menerusi lagu-lagu hits seperti Missing dan The sparkling Walking Wounded.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!