Memilih lokasi percutian di Bali, Indonesia, pelakon Aprena Manrose dan suami, Mohd Afiq Hazman mengabadikan momen indah apabila mereka menaiki ‘Bali Swing’ yang pastinya menjadi ‘aktiviti wajib’ apabila bercuti ke destinasi popular itu.

Kedua-dua pasangan itu akui berasa gayat menaiki apabila hayunannya dengan ketinggian bermula dari 5 meter hingga 78 meter.

“BALI SWING – FACE THE FEAR!

“Hello guys, nah i belanja video masa naik buaian tu! nak naik je makan masa dan berharap @mohdafiqhazman akan bagi kata2 semangat tapi awal2 lagi ‘aku rasa mau pengsan sudah’ hahaha.

“Ya Allah sumpah gayat gila sebab i ni sejenis penakut dengan semua benda termasuk ketinggian but sis cuba to face the fear and I did it,” tulisnya. 

Sementara itu, pelakon drama Cikgu, Papa Kirim Salam itu juga ‘terhibur’ dengan telatah jurufoto di pusat peranginan tersebut yang mahukan Aprena dan suami bergambar mesra.

IKLAN

“Dalam tengah takut boleh pulak photographer tak habis2 suruh kiss kiss cium cium sbb nak snap pic yang sweet with the beautiful scenery kononnya.

“Masalahnya mcm mana nak cium kalau tengah kecut perut masa swing tu! Afiq sempat bisik ‘aku tengah kejung gayat ni nk suruh cium pulak’ tu sbb last part I gelak besar tu !

“Hahahah apa2 pun terima kasih Mr. photographer atas usaha anda itu. dua2 penakut tapi berjaya naik buaian tu pun i rasa dah cukup sweet and perfect! hahaha the best Anni-vacayyyy!,”tulisnya sambil disertakan kredit nama Uqasha Senrose sebagai perakam video. 

IKLAN
View this post on Instagram

hello guys, nah i belanja video masa naik buaian tu! nak naik je makan masa dan berharap @mohdafiqhazman akan bagi kata2 semangat tapi awal2 lagi 'aku rasa mau pengsan sudah' hahaha ! ya Allah sumpah gayat gila sebab i ni sejenis penakut dengan semua benda termasuk ketinggian but sis cuba to face the fear and I did it! dalam tengah takut boleh pulak photographer tak habis2 suruh kiss kiss cium cium sbb nak snap pic yang sweet with the beautiful scenery kononnya! mslhnya mcm mana nak cium kalau tengah kecut perut masa swing tu! afiq sempat bisik ' aku tengah kejung gayat ni nk suruh cium pulak ' tu sbb last part I gelak besar tu ! hahahah apa2 pun terima kasih Mr. photographer atas usaha anda itu. dua2 penakut tapi berjaya naik buaian tu pun i rasa dah cukup sweet and perfect! hahaha the best Anni-vacayyyy! thank you sha sayang for the video @uqashasenrose2 love you!

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on

Malah, pelakon itu juga berkongsi beberapa foto percutiannya di Bali.

IKLAN

View this post on Instagram

Sun kissed from Tanah Lot Temple. 💛

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on

Terdahulu, Aprena dan suami telah meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga pada 12 November lalu.

Video/ Foto : Instagram Aprena Manrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI