Wah sangat mengejutkan bila pertama kali melihat jurufoto yang berasal dari Singapura ini, sungguh tidak disangka dia sudah berusia 50 tahun,
Jurugambar yang dikenali dengan nama Chuando Tan ini masih kelihatan muda seperti tidak dimakan usia.
Sebelum Chuando menjadi jurufoto, ketika dirinya masih remaja dia merupakan seorang model dan semakin hari dia semakin meminati bidang fotografi yang melibatkan fesyen.
Dengan melihatkan susuk tubuh badan, Chuando sahaja kita sudah boleh mengagak bahawa dia seorang yang sangat menjaga penampilannya maka tidak hairanlah apabila melihatkan rutin hidupnya di akaun Instagramnya dia sering melakukan senaman untuk sentiasa kelihatan cergas dan sihat.
Chuando mempunyai perniagaan fotografi bersama rakannya yang diberi nama ChuanDo&Frey.
Antara nama-nama besar yang pernah mereka bekerjasama adalah seperti, Jalouse, Muse, L’Officiel, Harper’s Bazaar, Elle dan banyak lagi.
Jom kita lihat foto jurugambar yang sedang menjadi viral ketika ini.
A post shared by CHUANDO (@chuando_chuandoandfrey) on
Sumber: Mothership SG
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ikuti Arahan Pihak Berkuasa Sebab Penting Untuk Kita…,” – Presiden Filipina Arah Polis Dan Tentera Tembak Rakyat Ingkar?
Memetik laporan Harian Metro, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan polis dan tentera negara itu untuk melepaskan tembakan jika ada individu yang ingkar akan perintah berkurung yang dilaksanakan.
Difahamkan amaran itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.
“Biar ini jadi amaran kepada semua. Ikuti arahan pihak berkuasa sebab penting untuk kita ikut arahan,” katanya.
“Jangan ganggu pekerja kesihatan, doktor…kerana itu adalah jenayah serius.
“Arahan saya kepada polis dan tentera, jika ada yang cuba buat onar dan keselamatan mereka tergugat… tembak mati mereka.
“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.
Filipina setakat ini telah merekodkan 2,311 kes Covid-19 dengan lebih 90 kematian.
Terdahulu memetik Berita Harian, Al Jazeera melaporkan Duterte menyatakan sedemikian dalam mesej yang disiarkan di stesen televisyen negara berkenaan, semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.
Selain itu, kenyataan Duterte itu dibuat bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.
Sebelum ini, kerajaan Filipina mengarahkan penduduknya berada di rumah dan ibu negara Manila pula dikenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Sumber : Harian Metro, Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Cipta Rekod, Ini 10 Corat-Coret Kisah Azharina Buat Sidang Media & Nyanyi Atas Awan Biru Korang Tak Tahu!
Hujung minggu lalu, penyanyi Azharina mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama dipilih mengadakan sidang media seterusnya membuat persembahan dalam penerbangan AirAsia.
Lebih manis dan unik, majlis berlangsung pada ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, Sabtu lalu. Menarik, jom ikuti corat-coret menarik di balik kejayaan penyanyi Cinta Terbagi Dua ini.
Sidang media Concert Azharina : Queen of Soul itu dibuat dalam penerbangan AK 5106, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.
Pengarah Urusan Atlas One Events, Syahrizal Ismail berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dari Malaysia Books of Records sebagai artis tempatan pertama yang berbuat demikian.
Persalinan vest rona lengkap seluar dalam rona merah merupakan ilham pereka Azhar Zainal Design. Azhar juga merupakan salah seorang pereka busananya pada malam konsert nanti.
Sementara solekannya ditatarias oleh Shine Matahari. Katanya kepada MH, memandangkan dia perlu check in sekitar jam 7.45 pagi, dia terpaksa memulakan solekan sejurus solat Subuh.
Sejurus membuat sidang media ringkas, Azharina mempersembahkan dua buah lagu iaitu Elegi Sepi dan What’s Up? nyanyian asal 4 Non Blondes. Untuk lagu kedua, Azharina menggunakan kekuatan vokalnya (menyanyi tanpa pembesar suara) untuk menghiburkan penumpang di tempat duduk tengah dan belakang.
Katanya, pada peringkat awal skuad pengurusannya memberikan empat buah lagu kepada pihak AirAsia dan dua lagu berkenaan telah dipilih untuk dipersembahkan di awan biru.
Apa yang akan dibuat sekiranya penerbangan mengalami kesulitan untuk membuat persembahan akibat kekangan cuaca? Jelasnya, sedari awal dia berdoa supaya segala yang dirancang dipermudahkan dan syukur, impiannya dalam direalisasi.
Azharina percaya, setiap niat yang baik itu akan dipermudahkan, begitu juga dengan gitarisnya pada sesi akustik itu, Korie yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Ella.
Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Azharina memberitahu ia adalah suatu yang normal. Tidak boleh puaskan hati semua orang dan tegasnya lagi, mulut tempata tak boleh ditutup!
Concert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam. Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan bintang asal Sabah itu akan menyampaikan 22 lagu secara solo dan medley, termasuk barisan lagu popularnya serta penyanyi lain.
#MHVideo Sejarah buat artis Malaysia, tahniah Azharina kerana berjaya merealisasi impiannya. Rare weh!
Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 23 June 2019
Foto: Mohd Redzuan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suami Ada 4 Orang Anak, 7 Cucu,” – Min Yasmin
Penyanyi Min Yasmin berkongsi satu video menerusi aplikasi TikTok bercakap mengenai soal rezeki zuriat.
Meski sudah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama komposer, Julfekar Ahmad Shah namun pasangan selebriti ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Berkongsi mengenai perkara tersebut, Min yang turut aktif mengembangkan bakat nyanyiannya di Filipina mendedahkan, suami sudah mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Malah, Julfekar juga kini memiliki tujuh orang cucu.
“Suami ada 4 orang anak & 7 orang Cucu (hasil perkahwinan yang dulu). Bukan kita yang tentukan REZEKI ZURIAT seseorang.
“Bersyukur atas kasih sayang & redha Allah SWT buat kami,” tulis Min pada video yang di muat naik.
Malah dia turut akui mereka kekal harmoni hidup bahagia hidup bersama.
“Ajal, Maut, Jodoh & Rezeki ketentuan Allah. Hampir 8 tahun kami sebagai suami isteri. Kami sangat bahagia alhamdulillah. Doakan yang baik-baik ya,” tulisnya lagi.
Video sama turut dikongsikan Min menerusi Insta Stories di Instagram.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada April 2014.
Sementara itu, Min menerusi MH memberitahu dia bersama suami ketika ini giat menguruskan bisnes Nasi Lemak Bro Jul di Kota Kinabalu, Sabah.
“Sebelum ini kami ulang-alik dari Manila, Filipina dan atas situasi semasa, kami kini berada di Sabah sambil menguruskan perniagaan nasi lemak sejak lapan bulan lalu.
“Pada masa sama saya luangkan masa berada di ‘home studio’ bersama suami untuk menyiapkan proses rakaman lagu bagi album penuh saya yang bakal memuatkan 18 buah lagu, insyaAllah.
“Doakan semoga Covid-19 ini kian reda di negara dan dipermudahkan urusan semua walau di mana berada,” katanya yang turut aktif melakukan kerja amal sekitar Kota Kinabalu.
Min pada masa sama bakal mengadakan konsert sulungnya di Sandakan, Sabah pada Mac tahun hadapan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI