Ameera Khan Berterus Terang, Lerai Teka-Teki… Rupanya Nak ‘Reset’

Share

Pempengaruh popular, Ameera Khan tampil membuat penjelasan susulan ‘kehilangannya’ dari media sosial terutamanya di Instagram sejak Julai lalu.

Ameera yang juga adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa berkongsi mengenai perkara berkenaan menerusi sesi ‘IG Live’ yang dilakukannya pada malam Sabtu.

“Saya mempunyai akaun Instagram berbeza, sudah tentunya yang peribadi, hanya dikhususkan kepada teman rapat dan ahli keluarga.

“Sebab saya perlukan sesuatu juga. Saya membesar dengan Instagram. Jadi saya mungkin tidak dapat hidup tanpanya secara 100 peratus.

“Tetapi saya perlukan ‘reset’ daripada semua orang, hanya ‘reset’,” katanya.

Ameera yang menggunakan akaun Instagram @littlemisskhan juga akui sepanjang enam bulan ‘hilang’ di media sosial, dia masih jalani kehidupan seperti biasa.

“Sepanjang momen itu, saya bersama keluarga, melancong, bersenam, membaca. Secara asasnya isi masa sendiri. Bukanlah sesuatu yang saya galakkan untuk dibuat, tetapi hal itu yang dirasakan perlu untuk saya lakukan.

“Sebagai contoh, saya berada di Instagram dan netizen bercakap mengenai saya. Saya ‘hilang’ orang masih lagi bercakap.

“Jadi sebagai gadis yang masih muda, saya rasa tertekan, kecewa mengenai situasi itu. Jadi saya perlu ‘berehat’ untuk menyesuaikan diri terhadap sesuatu yang saya sangka saya boleh hadapi, tetapi sebaliknya,” katanya lagi.

Antara lain, Ameera turut berkongsi sebab dia tidak memandang lensa kamera menerusi beberapa keping foto yang dibuat naik ibunya, Datin Noor Kartini sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH