Berkongsi foto sekitar majlis baby shower yang diadakan baru-baru ini, isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam nyata teruja apabila bakal menyambut cahaya mata pertama kurang sebulan lagi.
Namun dalam muat naik di Instagram, kapsyen wanita ini menimbulkan persoalan apabila menyatakan “just me and you baby”.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016. Bagaimanapun terdahulu, Nelissa ada mendakwa suaminya itu ada berlaku curang ketika dirinya hamil 6 bulan.
Foto : Instagram Ammar Alfian & Nelissa Nezam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dimanakah Anita Sarawak? Hilang tanpa berita dan tidak meninggalkan sebarang jejak, kelibat bintang hebat itu tidak lagi kelihatan hampir 10 tahun apabila dia meninggalkan kediamannya secara tiba-tiba.
Penyampai radio, Linda Onn menerusi laman Instagram menyatakan kegusaran apabila tiada sebarang khabar mengenai penyanyi Seksis itu. Malah dia meluahkan kerinduan apabila tidak lagi menerima panggilan telefon daripada diva ternama itu.
“ These pictures in my laptop make me miss you more Kak Nita. You used to call me – I didn’t call you coz I segan (maklumlah you’re a diva, I am just..). So, whenever you called me, i felt delighted. Wahh…Anita Sarawak is on the phone!
“And all of a sudden, no more calls from you. No more “Lindaaaa (Kak Nita’s style)…kak nita nak tanyaaa niiii…aaaa”. And when i tried to call you, a nyonya picked up the phone.. “No..no..this is not Anita lorrr”
“Kak Nita, wherever you are, I wish you could read this coz I really miss you and I believe I am not the only one missing you,” luahnya.
Luahan Linda nampaknya turut dirasai peminat yang lain dan rata-rata mengharapkan agar Anita Sarawak muncul semula dalam industri bagi mengubat kerinduan.
Terdahulu, Anita Sarawak menghilang secara tiba-tiba daripada radar industri seni tanah air tanpa sebarang khabar berita hampir 10 tahun lalu.
Foto : Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Sajat yang ketika ini mengikuti kursus pengajian pendek dandanan rambut di Labenon ada memuat naik tiga potong video.
Bagaimanapun, salah satu video yang dimuat naik menarik perhatian ramai untuk terus ‘membawang’ perihal dirinya apabila penyanyi Bobo Di Mana itu menjawab kenyataan salah seorang pengguna media sosial yang ‘takut’ mendengar suaranya.
Lalu, kenyataan tersebut dibalas Sajat dengan membayangkan suara tidak penting. Yang penting rupa dan duit berkepok-kepok (banyak).
“Sis i nak kata dengan you, suara tak penting. Yang penting rupa, poket berkepok-kepok. Kalau suara sedap tapi poket nan hado buat apa. Tak penting. Suara nilah yang buat keuntungan. Sebab apa, sebab muka cantik tapi suara macam abang-abang askar. Kan unik tu?
“Orang dah bosan muka cantik suara sedap. Orang nak dengar yang sesuatu, menakjubkan. So bila suara i macam ni dengan muka ala-ala Miss Universe, saya boleh jadi juru cakap,” antara yang diucapkannya di dalam video tersebut.
Menerusi ruangan kapsyen, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai. Baru-baru ini, Sajat turut meninggalkan tanda tanya apabila dengan berani memuat naik gambar bungkusan tuala wanita.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Zaki Yamani bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan menyedari kesibukan kerjaya seninya Zaki, 17, atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tusyen.
Pastinya, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI menjadi pilihannya sejak penghujung tahun lalu.
Zaki yang juga pemenang program Famili Duo musim kedua bersama abangnya Yamani Abdillah berkata, dia mahu memantapkan lima subjek sebagai persediaan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.
“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni. Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan.
“Alhamdulillah, saya bertuah kerana cikgu di PTTI semuanya ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ. Pendek kata, saya tak berasa terasing pun. Malah mereka menyambut baik.
“Diakui pada awal kelas tu agak kekok juga, tapi apabila dah lama saya mula faham apa yang diajar. Sesi yang diikuti memberi banyak kesan pada prestasi pelajaran saya. Macam subjek Matematik misalnya, ada peningkatan. Kalau soalan dari cikgu di sekolah, saya boleh jawab lebih baik berbanding dulu,” katanya.
Bukan sahaja pelajar, malah Zaki turut dipilih sebagai Ikon PTTI. Sehubungan itu, Zaki berkata, dia perlu memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan.
“Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebabai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.
“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan.
“Untuk SPM 2023 saya menyasarkan 7A. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Zaki yang bercita-cita menjadi pensyarah berpesan kepada semua remaja dan golongan selebriti yang masih bersekolah untuk tidak mengabaikan pelajaran.
“Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk ‘cover’ semula apa yang tertinggal di sekolah.
“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai satu hari tidak terbabit dengan seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu. Jadi, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia akan membantu pada masa hadapan,” katanya.
Bersempena kemenangan Zaki dalam Famili Duo baru-baru ini, PTTI turut menawarkan 10,000 buku percuma untuk semua pelajar SPM di seluruh Malaysia.