Justin Bieber akhirnya tampil bersuara dan mendedahkan sisi dirinya yang sebenar menerusi beberapa perkongsian jujur di akaun Instagramnya.

Suami kepada Hailey Bieber ini mengakui bahawa dia sedang berjuang mengawal sikap panas barannya yang selama ini menjadi antara kekurangan terbesar dalam diri.

“Saya mempunyai isu panas baran. Tapi saya mahu terus ‘membesar’ dan tidak mahu melayannya,” luah Justin dalam hantarannya itu.

Lebih menyentuh hati, Justin turut berkongsi tentang pergelutan emosinya apabila dia mengaku pernah membenci dirinya sendiri, terutamanya ketika merasakan tidak menjadi diri sendiri hanya demi memenuhi kehendak orang sekeliling.

Ads

“Saya fikir ada masa saya membenci apabila mula tidak menjadi diri sendiri. Kemudian saya ingat kita dijadikan untuk berfikir kita tak pernah cukup tetapi saya tetap tidak suka perlu berubah hanya untuk menyenangkan hati orang lain,” jelasnya lagi.

Justin Bieber Akui Ada Masalah Panas Baran

BACA JUGA: “Welcome Home Jack Blues Bieber,” – Justin Bieber & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung

Ads

Pendedahan tersebut hadir selepas tular beberapa foto Justin dengan penampilan yang agak selekeh hingga mencetuskan spekulasi berkaitan kemungkinan penyalahgunaan dadah.

Namun begitu, wakil rasmi Justin Bieber telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa penyanyi itu tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan bahan terlarang.

Ads

Imbas kembali, Justin mula terkenal ketika berusia 15 tahun dan terus mendapat perhatian dunia menjadikan dia antara penyanyi lelaki paling kaya dan berjaya dengan pelbagai single yang menjadi siulan ramai.

Berkahwin dengan model dan sosialit, Hailey Bieber, pada tahun 2018, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jack Blues Bieber, yang lahir pada Ogos 2024.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI