Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit mengakui dirinya belum lagi bergelar jutawan, meski sukses mengusahakan perniagaan dalam bidang pertanian dan asas tani.
Kata Ayu kepada MH, pengilbatannya dalam bidang tersebut yang diceburi bersama suami, Syed Fauzi sejak lebih lima tahun lalu bagaimanapun memberi ruang besar buatnya sekeluarga untuk menjalani kehidupan lebih baik.
“Jutawan? Eh tak adalah, belum lagi. Memang secara dasarnya ramai yang tengok apa yang kami usahakan seperti berjaya. Baliklah modal, tetapi bila tiba ‘musim rugi’ pun ramai yang tidak tahu.
“Usaha bidang pertanian punyai risiko tertentu. Misalnya apabila tanaman terpaksa dihapuskan kerana diserang kulat, faktor cuaca yang tidak menentu dan sebagainya,” jelas bintang kelahiran Sabah ini.
“Yang boleh saya cakap alhamdulillah, tapi kalau nak dikatakan saya jutawan tu, lambat lagi, doa-dokanlah ya,” pohon Ayu yang kini sedang mengusahakan beberapa projek Cili Jeruk dan Sambal Terung selain mengusahakan tamanan cili secara fertegrasi.
Terdahulu, Ayu ditemui MH di majlis pelancaran Doraemon Pop-Up Store di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Turut sama hadir memeriahkab sesi tersebut ialah Reyhana, Salma, Azri AF dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayu kini sedang dalam proses merakam single terbaru.
“Setakat ini, saya telah berjumpa dengan Awi Rafael untuk berbincang mengenai pembikinan lagu baru. Pilih dia sebab Awi sebelum ini memang pernah ciptakan lagu untuk saya.
“Kiranya ini projek terbaru dan insyaAllah, akan dilancarkan Februari depan,” kongsi Ayu yang hadir bersama anak bongsunya, Syed Aqif Najmi Syed Fauzi.
Foto: Instagram Ayu Damit
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI