“K Keturunan Cina Berdarah Baba & Nyonya,” – Pablo Amirul Akui Hati Sudah Dimiliki, Bercinta Sejak 3 Tahun Lalu

Share

Pelakon Pablo Amirul mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bekerja sebagai penjawat awam berketurunan Cina berdarah Baba dan Nyoya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, bintang Polis Evo ini belum bersedia untuk berkongsi hal tersebut dengan lebih terperinci meski hubungan mereka sudah saling rapat sejak tiga tahun lalu meski hubungan dengan teman istimewanya yang dikenali sebagai K itu berjalan lancar seperti direncanakan.

“Maaflah, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas terperinci mengenai identiti dirinya kepada semua. Apa yang boleh saya katakan K adalah keturunan Cina berdarah Baba dan Nyonya.

“K juga berkhidmat sebagai anggota pasukan berpakaian seragam,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Ditanya apakah yang menyebabkan dirinya berahsia mengenai hubungan istimewa yang sedang terjalin, Pablo punya jawapan sendiri.

“Bukannya mahu sorok kekasih tetapi orang tak pernah tanya pun sebab itu saya tidak bercerita mengenai dirinya.

“Mungkin wajah saya nampak serius dan garang tetapi hati lembut serta mahu dicintai seorang wanita,” katanya yang sudah merancang mahu berkahwin dan membina keluarga bila sampai masanya nanti.

Namun buat masa sekarang dirinya mahu beri komitmen terhadap kerjaya terlebih dulu selain stabil dari segi kewangan.

Foto: Instagram Pablo Amirul

Published by
MH