Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai beberapa foto yang berkonsepkan pre-wedding melibatkan pelakon jelita, Puteri Aishah yang dimuat naik menerusi laman Instagram.
Foto-foto berkenaan nyata mengundang tanda tanya di hati para peminat yang ingin mengetahui mengenai status terkini pelakon kesayangan mereka itu.
Menerusi artikel yang diterbitkan MH pada 8 November lalu, Puteri mengakui foto-foto berkenaan sememangnya merupakan foto pre-wedding atau persiapan menjelang hari bahagianya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Bagaimanapun, menerusi foto-foto yang dikongsikan itu, pelakon filem Pulang ini dilihat seperti belum mahu berkongsi dengan lebih lanjut mengenai siapakah gerangan bakal suaminya itu.
Terbaru, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada malam Selasa, Puteri sekali lagi berkongsi foto-foto pre-wedding tetapi kali ini dengan konsep yang lebih santai.
Malah, wajah bakal suaminya juga turut didedahkan buat tatapan para peminat.
Katanya di ruangan kapsyen, dia dan bakal suaminya bukanlah individu yang sempurna namun mereka akan selamanya berusaha untuk melengkapi diantara satu sama lain.
“I promise to remember that neither one of us is perfect but will strive to remind myself of the ways we are perfect for each other,” tulisnya ringkas.
Menerusi foto yang berkonsepkan klasik itu, Puteri dan bakal suaminya dilihat sedondon mengenakan t-shirt berwarna putih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga segala urusan ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.
“Alolololo love both of you! Semoga dipermudahkan,” komen Mimi Lana.
“Loveeee this couple laaaa. May Allah ease Putiiiii sayang,” balas Ika Nabella.
“U both looks so good together,” tulis Elzaizyanerieza.
“Secocok sama padan,” kata Nurzahrazali.
Sebelum ini, Puteri mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang juga merupakan seorang usahawan berusia 28 tahun pada bulan ini.
Sumber: Instagram Puteri Aishah