Alif Satar ada berkongsi video perbualan bersama isteri sewaktu di dalam kenderaan.
Kedua-duanya berbincang mengenai tradisi kad raya yang sudah lama dilupakan.
Namun apa yang melucukan, penyanyi Sesungguhnya Aku itu dengan yakin merujuk kepada kad kahwin dan ada tambahan setiap tahun.
“Orang macam terkejut bila kita bagi kad raya dekat orang eh, kad raya?
Ads
“And the best part kita throwback kita punya kad kahwin. Kad kahwin kitorang every year, setakat ni ada je tambahan.
Kad kahwin apanya, kad raya. Kad kahwin tambah lagi,” kata Aliff sambil tergelak besar.
“assalamualaikum😂🤣morning.. abang Jamil cakap apa tadi?😜haritu kitorang ada mintak soalan-soalan dari korang semua dalam IG story kitorang.. so ni la kitorang nak jawab in VLOG style😂🤣soalan2 raya bersama Darlie!! #BerusGigiDarlie #MemangMenakjubkan 😁😁😁😁p/s video on my youtube channel!!!!! Link on my Bio!”
Video yang mendapat tontonan hampir 400,000 dalam masa tidak kurang beberapa jam ini menerima pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan reaksi spontan Alif.
Ads
Foto : Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Adam Corrie Lee mededahkan ada sebab tersendiri untuk jarang aktif di platform media sosial.
Menurut Corrie, dia berasa sangat risau melihat trend masyarakat masa kini yang gemar melontarkan pendapat mereka secara membuta tuli sehingga ada yang sanggup menyebarkan kebencian terhadap orang lain.
“Saya jarang buka media sosial sejak akhir ni. Takut baca cara orang-orang sekarang ini berkomunikasi, memberi pandangan dan sebagainya.
“Risau bila baca, kita teremosi lalu mengeluarkan kata-kata yang tak elok ataupun terdetik di hati berkata bukan bukan.
“Sia-sia dapat dosa tanpa kita jangka dan yang boleh dielakkan. Iman kita ini bukan sentiasa di atas. Sentiasa berbolak balik.
“Risau juga, bila kita ingat nak nasihatkan atau ingatkan orang tapi adab kita salah kerana memalukan / jatuhkan air muka orang lain,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Corrie turut menasihati orang ramai supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan apa-apa tindakan.
“Apa yang dalam fikiran dan pandangan kita sahaja betul. Itu lah salah diri kita, melupakan adab dalam berkomunikasi dan bersahabat.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Corrie dan berharap agar trend seperti ini dapat dielakkan.
Sumber: Instagram Adam Corrie Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mempunyai percanggahan dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.Ketika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak, Nabila berpendapat anak perlukan hak sebaiknya dari segi kasih sayang ibu dan bapa.
“Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.
“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.
“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.
“Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya jujur.
Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia juga banyak belajar dari episod perceraian yang dilalui sebelum ini.
“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.
“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Tiz Zaqyah akui berbesar hati apabila berkesempatan untuk menziarahi Abdur Rahman Amir Ruddin yang kini bergelar yatim piatu selepas ibu bapa serta empat adik beradiknya maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu.
Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, dia dan beberapa rakannya yang lain datang ke rumah ibu saudara Rahman untuk menyerah wang derma daripada orang ramai.
“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi di rumah Makciknya di Muar. Alhamdulillah,ramai juga yang datang melawat,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Liar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Tiz turut mendoakan semoga Rahman dan adiknya sentiasa diberikan ketabahan untuk menempuh detik sukar ini.
“Terima kasih juga kepada yang menderma. Semoga Allah swt permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam Takziah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rahman sekeluarga.
“Sembab mata dia. Kesiannya la. Harap mental dia kuat.
“Allahu, setiap kali ternampak post pasal kisah ni auto sedih dan sebak sampai tahap nak nangis.
“Terima kasih orang-orang baik yang datang ziarah dan mendoakan Adik Rahman. Semoga Allah mengangkat segala kesedihan Adik Rahman dan permudahkan segala urusannya.
“Sedikit keceriaan di wajah adik tu. Alhamdulillah. Terima kasih Tiz dan team,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.
Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.
Sementara itu, adik kepada Rahman, Abdullah terselamat dalam tragedi meragut enam sekeluarga itu, masih lagi menerima rawatan di ICU.
Bagaimanapun, keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih memerlukan alat bantuan pernafasan serta pemantauan pihak hospital selepas menjalani pembedahan semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!