Kadak Sesak Nafas & ‘Say No’ Untuk Asap Rokok… Ini Corat Coret Butterfingers Transcendence 20th Year Anniversary!

Share

Cukup gempak! Selepas 26 tahun terajui gelanggang muzik grunge, Butterfingers muncul mengubati kerinduan di Stadium Merdeka pada Sabtu.

Dianggotai Emmett (vokalis), Loque (gitaris), Kadak (basist) dan Loco (dram), hanya memori terindah yang terukir selepas Butterfingers Transcendence 20th Year Anniversary melabuhkan tirainya.

Apa pun, ini dia corat coret yang berlaku sepanjang konsert berlangsung.

Hampir 8,500 peminat memenuhi ruang Stadium Merdeka untuk melepaskan kerinduan setelah hampir empat tahun menghilang dari radar seni.

Antara konsert yang menggalakkan Smoke Free di mana rokok dan vape ditahan di pintu masuk.

Penganjur memaklumkan konsert tidak akan bermula selagi asap rokok atau vape memenuhi ruang stadium.

Apalah grunge tanpa moshpit? Namun cukup menarik apabila moshpit di konsert ini dilakukan secara beretika.

Antara lagu yang dimainkan seperti Mermaid, RnR, Doomsday, Words vs Wisdom, The Chemistry (Between Us), Faculties Of The Mind, Epitome dan Meltdown.

Konsert dihentikan di pertengahan persembahan di mana Loque meminta penonton yang hadir sama-sama menyanyikan lagu Tanah Pusaka khas untuk atlet Sukan Sea.

Butterfingers menyatukan dua generasi peminat, peminat berumur 50-an turut hadir bersama golongan belasan tahun.

Kadak tidak dapat meneruskan perjuangan bersama anggota lain apabila sesak nafas secara tiba-tiba di akhir konsert. Walau bagaimanapun, lima lagu terakhir tetap diteruskan, namun tanpa basist. Bagaimanapun, dimaklumkan keadaannya stabil.

Foto :Shafiq Shahar

Published by
Noraini Abd Wahab