Pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Anak Allahyarhamah yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ketika dihubungi MH berkata, ibunya meninggal dunia dalam tidur.
“Ibu pergi dalam tidur di rumah anak sulung di Rengit, Batu Pahat. Sekitar jam 2.00 petang begitu, kakak ada beritahu ibu macam tak ada selera nak makan.
“Kemudian kakak menelefon saya untuk maklumkan mengenai keadaan terkininya. Lalu pada sebelah malam kakak sekali lagi hubungi, maklum ibu sudah tiada,” katanya.
SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada dua hari lalu.
“Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.
“Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu,” katanya lagi.
Meneruskan legasi JMD hingga masih kekal bertahan sehingga kini, Habib bersyukur kerana telah cuba menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Impian saya untuk bercakap dengan ibu sejurus graduasi dimakbulkan Allah SWT. Doa dan semangatnya akan sentiasa ada bersama. Allahyarhamah juga sudah jalankan tugasnya sebagai ibu dengan cukup sempurna bagi kami.
“Ibu banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dan tidak kecil jasanya kepada ramai orang menerusi produk yang diusahakan. Sudah tentu saya akan rindukan perwatakannya yang lemah-lembut itu.
“Personaliti baiknya memang sudah sinonim di kalangan kenalan yang rapat. Terima kasih sekali lagi atas doa dan ucapan yang dititipkan semua,” katanya lagi.
Jenazah Allahyarhamah yang sinonim dikenali sebagai Ibu Halimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9.00 pagi ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang difahamkan dengan berkerusi roda membeli barangan keperluan harian.
Lalu, terdapat seorang individu yang berkongsi beberapa keping foto di akaun Twitter miliknya.
Menerusi foto tersebut kelihatan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew khabarnya ada bertemu dengan wanita tersebut sambil menghulurkan sumbangan.
“Ustaz Ebit Lew dah pergi jumpa makcik ni. Happy sangat dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap baik Ebit yang sangat peka dan prihatian terhadap masyarakat.
Makcik ni nak pegi pasaraya NSK, tapi takde mask. So bro askar ni bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang2 je pegi beli barang, tiada sape yg bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN.
Ya ALLAH Semoga dipermudahkan segala urusan makcik ini.
Penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dipanggil Datuk Red, hari ini.
Lalu memetik mStar, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat telah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Terdahulu, penyanyi Pujaan Hati itu difahamkan membuat permohonan cerai pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Menerusi prosiding yang berlangsung itu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian bintang tersebut dan kata Adira; “saya tetap mahu teruskan perceraian ini”.
Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi ada memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam sebelum ini dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ia ditangguhkan.
Adira hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil dan Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya.
Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto/Sumber: Instagram Adira/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!