Penyanyi, Amira Othman ada berkongsi nasihat bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.

Penyanyi lagu Hati-Hati ini akui untuk menjadi seorang manusia yang baik bukan satu perkara yang mudah dan perlu cekal untuk melakukan kebaikan.

Selain itu, Amira menyarankan kepada semua untuk berbuat baik antara satu sama lain.

“Selalu tak rasa susah sgt nk jadi org baik? Kadang jadi baik pun belakang ada org ngumpat, tak suka. Atau kadang nk berubah baik sekejap je pastu tak boleh isitqamah.

Ads

“Tp ustaz Syed pesan smlm berbuat baiklah pada semua org. Be nice to everybody. Nanti Allah dtgkan segala yang baik2 utk kita.

“Jodoh, rezeki, kesihatan, kebahagiaan & banyak lg. insyaAllah. Thank you kak @salimahabibi & ustaz @syedkadir for having us,” tulisnya.

Ads

Pada masa yang sama, rata-rata peminat juga turut berkongsi pendapat di ruangan komen entri berkenaan.

Ads

“Kadang Jadi Baik Pun Belakang Ada Orang Ngumpat,” – Amira Othman “Kadang Jadi Baik Pun Belakang Ada Orang Ngumpat,” – Amira Othman “Kadang Jadi Baik Pun Belakang Ada Orang Ngumpat,” – Amira Othman

Sekadar informasi, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013.

Foto: Instagram Amira Othman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI