Mengakui dia bukanlah seorang lelaki romantik. Namun menurut Dr Say Shazril, ada kalanya dia cemburu melihat kesungguhan lelaki lain menyambut hari lahir yang tersayang dengan pelbagai kejutan.
Situasi tersebut nyata berbeza dengan dirinya yang hanya akan memberi ucapan.
Jom ikuti perkongsian terkininya di Instagram;
“Topik : Suami Tak Romantik
“Terus terang sy ckp sy xromantik langsung. Kenkdg jeles sy tgk bf2/suami2 lain suprise kan gf/bini diorg pom pam. Pakai penutup mata bawak pegi tempat pom pam makan pom pam bg hadiah pom pam siap hire photographer + videographer pom pam. Terduduk sy dibuatnya dgn kepom paman mrk. Kalau besday bini, habis romantik pun pukul 12mlm hari besday die sy set alarm, alarm berbunyi, sy wish bini hepi besday, den kami tidur sopan2 xnakal2. Romantik sb yelah sy org pertama wish,” tulisnya di Instagram.
Ads
Doktor viral ini turut berkongsi pengalaman menjaga anak yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat akibat batuk, selsema dan dada berlekuk. Ulasnya, kehadirannya sebagai bapa yang menguruskan anak mendapatkan pandangan pelik segelintir ibu yang turut berada di situ.
“Smlm mase sy teman baby di kecemasan dari 5pagi smpi bini dtg tuka shift 6ptg, mak mak kt situ pandang sy lain mcm. Bile sy bangun ketatkan bedung, sy rase diperhatikan. Bile lap poo poo & tuka diapers, sy rase diperhatikan. Bile sy susukan Ace, sy rase diperhatikan.
“Den ade sorg makcik dtg kpd sy bertanye “mak die mane?” sy pn jwb “maknye kerja, ptg nnt abis keje dia dtg”. Terus makcik tu sengih ckp “jarang makcik nmpk laki buat semua ni”. No wonder mak2 ni pandang sy lain mcm. “Suami xleh susukan anak, tukarkan diapers anak ke?” detik hatiku,” jelasnya.
Ads
Jelasnya, biarpun tidak romantik, namun isteri menghargai pengorbanannya bersama-sama menjaga anak.
“Bila bini smpi sy cerita kejadian ni kt die, terus die shayang sy saying “im lucky to hav u, wlpn u xromantik (ouch) tp u pandai jaga baby kite”. Malam ni shift sy bermalam di ward ngn Ace habisla bakal di-judge lagi waduh, xpelah i’d do anything for my baby & bini. Kesimpulan crite ni laki ni romantiknya ade 2 jenis, ade yg romantik tersurat & ade yg romantik tersirat. Hargailah lelaki kalian xkira apa jua jenis romantiknya. Kalau xde tersurat & tersirat simple, cari lain ahaha,” ulasnya panjang lebar.
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus tidak mahu mengulas panjang mengenai isu semasa masa kini.
Katanya, dia hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial dan membacanya sepintas lalu.
Malah, Aril yang juga host program CCTV turut mendoakan agar perkara yang berlaku pada rakan artis dipermudahkan urusan.
“Macam2 cerita kat media sosial ni, aku pon baca je la, nak komen lebih2 kang kene balik kat batang idung sendiri, nengok je lah dan jadi pengguna media sosial yang berhemah.
“Apa2 pon yg berlaku, saya doakan semoga korang di permudahkan setiap urusan dunia dan akhirat, di perluaskan lagi rezeki Allah swt di hari2 yang mendatang, amin,”tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini hamil sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.
Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin bersama ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui tidak suka mengamalkan sikap boros ketika berbelanja.
Malah, ibu hamil ini juga amat berhati-hati dan menitikberatkan soal penggunaan wang ringgit.
Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri pada masa sama turut menambah, dia mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kanak-kanak lagi dan hanya mementingkan barang keperluan daripada kehendak.
“TAK SUKA ATTITUDE BOROS NIH! Mekwa ni sejenis berjaga2 on ‘spending money’, dari kecik x suke ngan attitude boros ni.
“Sebab dari kecik Mekwa tahu penat susah nak cari duit.. hehe.. That’s why Mekwa beli benda yang betul2 Mekwa perlukan kan je. Hehe #kawalhawanafsu.
“tu yang finally beli ipad sendiri. Nak buat notes senang laa lepas ni.. x de da masalah miss placed buku nota.. Kjap buku ni hilang buku yu hilang, notes pun hilang sedeyyyhh je.
“Now dah ade ipad so semua notes boleh simpan lam satu ipad. Hehe Thank you all yang support produk @mawarosehq,” tulis Mawar.
Sebagai informasi, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019.
Pada Jun lalu, Mawar juga telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...