Ramai di antara kita yang mengambil inisiatif dan usaha sendiri menghulurkan bantuan menyalurkan apa yang wajar kepada mangsa banjir secara individu dan melalui Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Atas usaha tersebut, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat  tumpang kagum dengan usaha yang dilakukan rakyat Malaysia khususnya dan berdoa agar semua mereka terus dirahmati Allah.

“Saya sangat sebak dan bangga dalam masa sama melihat rakyat Malaysia berganding bahu menghulur bantuan atas usaha mereka sendiri.

“Satu semangat sebenar yang menyentuh hati dan membuktikan rakyat negara ini bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain bila berlaku musibah,” katanya.

Ads

Menurut Ayda, dia juga berbangga dengan rakan selebriti yang sama-sama turun padang memberi bantuan kepada mangsa banjir antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Hattan dan rama lagi.

Baginya, masing-masing boleh memainkan peranan dan membantu semua masyarakat yang banyak menyokong kerjaya seni mereka.

Ads

Penyanyi lagu Mata ini juga menambah, dia sendiri cuba melakukan sedaya mungkin dalam usaha meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

“Kadang-kadang tak perlu tunggu kaya atau berharta untuk membantu. Bantuan boleh dilakukan dalam apa cara termasuk doa.

Ads

“Saya tabik dengan semua pihak. Ada yang sedia memberi khidmat tenaga membantu dengan menjadi sukarelawan. Alhamdulillah kita bersama dalam waktu sukar dan senang, insyaAllah,” katanya lagi.

Difahamkan, penyanyi Pencuri Hati itu turut menyalurkan sumbangan kepada beberapa kempen bantuan yang dijalankan antaranya #TanganSembunyi menyumbangkan makanan kepada PPS yang terlibat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI