“Kadang-Kadang Tengok Pakcik Pian Termenung,” – Inspirasi Hari Jumaat, Dayah Bakar Kongsi Kisah Si Tukang Kasut

Share

Tersentuh hati melihat kesungguhan lelaki tua ini mencari rezeki dengan membaiki kasut, Dayah Bakar berkongsi kisah menarik Pakcik Pian.

Tidak pernah putus dengan senyuman, namun kadang kala ada sahaja ujian menimpa. Walau terima berpuluh kasut setiap hari, namun rezeki masih belum ditetapkan untuknya apabila ada pelanggan yang tidak mengambil kembali kasut mereka.

“Assalamualaikum semua , Dayah nak kongsi kisah tentang Pakcik Pian Kasut di hari Jumaat yang berkat ni.

“Pakcik Pian membanting tulang setiap hari dengan baiki kasut , handbag dan tali pinggang. Dayah kenal pakcik Pian dah bertahun , kalau ada kasut rosak atau beg tali putus, Dayah takkan buang . Selagi boleh diselamatkan , Dayah akan minta bantuan Pakcik Pian.

“Tau tak apa yang hebat tentang Pakcik Pian ? Walaupun setiap hari nampak sibuk baiki barangan , berpeluh-peluh panas, tak pernah putus senyuman .

Kadang2 tengok Pakcik Pian termenung bila kerja dah siap , dan kadang2 bila tengok banyak kasut yang dah siap orang tak ambil2, buat Dayah fikir , kalau orang tak datang ambil , lama lah kasut dekat situ dan tak berbayar .

“Bukan senang dan bukan mahal pun bayaran setiap kali baiki . Sekali repair , adalah dalam RM3-RM5 . Bila tengok Pakcik Pian , buat Dayah rasa Dayah tak boleh mengeluh kalau rasa susah bekerja.

“Kalau kita rasa susah,ada orang lagi susah dari kita . Bukan senang ya nak mencari rezeki . Bersyukurlah , dan ambillah sikap tenang dan tabah Pakcik Pian yang #setulusikhlas mencari rezeki menyara kehidupan keluarga .

Keihlasan dalam bekerja.Terima kasih Pakcik Pian. Kalau korang ada kisah or cerita tentang apa2 yang berkenaan keikhlasan , share la dan guna hashtag #setulusikhlas okay ? Together we learn something to be a better person .

“P/s : Kasut putih depan tu kasut kahwin Dayah, yang dah tercabut brooch dia. Pakcik Pian dah baiki dah.”

Kadang kala apabila berurusan dengan penjual di tepi jalan atau di pasar, kurangkanlah sikap ‘minta kurang’ kerana berapa sangat keuntungan yang mereka peroleh. Anggap sahaja itu satu sedekah dan amal jariah. Selamat mencuba.

Foto – Instagram Dayah Bakar

Published by
Noraini Abd Wahab