“Kadang-Kadang Terdiam Tengok Dinding, Menagis Je,” – Terlalu Rindu Nak Shooting, Alya Iman Mahu Kekal Positif

Share

Pelakon meningkat naik, Alya Iman mengakui dirinya berasa amat rindu untuk kembali ke set pengambaran setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan akibat pandemik Covid-19.

Menurut Alya, ada ketika dia berasa amat sedih sehingga mengalirkan air matanya bila mengenangkan mengenai situasi semasa yang harus dilalui oleh para penggiat seni ketika ini.

“Hati ni sedih sangat rindu nak masuk set, ingat lagi ke tak ni nak berlakon. Hmm kadang-kadang terdiam tengok dinding menangis je, tapi tak boleh nak menangis lama-lama kena cuba and be as positive as we can,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh anak kepada pelakon vateran, Allahyarham Azmil Mustafa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Alya mendedahkan dirinya tidak boleh terlalu mengikutkan perasaan dan harus tetap kekal positif bagi memastikan keadaan emosinya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Apa-apa pun jangan stop doa be positive and take care okay korang. InsyaAllah we can fight this!

“Ni last Alya shoot before lockdown drama siri Seram Tak Seram setiap khamis 9.30mlm TV9 jangan lupa tengok okay,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar keadaan negara dapat segera kembali pulih seperti sedia kala.

“More rezeki coming your way my darling girl. I’m certain. You’re amazing and you deserve great things in life.

“Yay, comel je Alya berlakon.

“Bestnya drama ni. A must watch,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Alya kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul Seram Tak Seram yang bakal bersiaran di saluran TV9.

Selain Alya, drama ini jugak turut dibintangi pelakon-pelakan hebat lain antaranya, Amar Titan, Jiggy Masin dan Liza Abdullah.

Sumber: Instagram Alya Iman

Published by
Aizam Manaf