Pelakon, Que Haidar ada berkongsi cerita mengenai kisah perihal kehidupan bersama peminat menerusi entri terkini miliknya di Instagram.
Menurut pelakon telefilem Pencipta Pegang Waktu ini, kita harus sentiasa tabah dan cekal meski menghadapi pelbagai ujian kehidupan.
Selain itu, pelakon berusia 41 tahun ini berpendapat, jatuh bangun dalam kehidupan merupakan satu perkara biasa yang sering berlaku.
“HIDUP… Hidup selalu punya cara untuk menjatuhkan impian kita..Impian itu terkubur dalam keputusan Dan dalam kesalahan masa lalu..Serta kepercayaan diri yang rendah.
“Ada masanya engkau merasakan hidup tidak bersahabat. Ketika semua yang sudah engkau bangunkan selama ini, Hancur dalam seketika.
“Jatuh bangun dalam kehidupan hanya Hal yang biasa. Kadang kita dibawah, kadang kita diatas, kadang kita dibawah lagi.
“Ketika kita berada pada titik terendah dalam hidup kita, Rasanya begitu menyakitkan.. begitu memalukan.. begitu menyedihkan..
“Hadapilah dengan keyakinan..Dan yang harus engkau tahu titik terendah bukanlah titik dimana engkau harus pasrah Dan menyerah,” tulisnya.
Untuk rekod, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar telah dilahirkan 30 Mei 1979 dan memulakan karier lakonan sekitar tahun 2005.
Foto: Instagram Que Haidar