Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan, dia pernah berdepan dengan pengalaman sukar bersama keluarga.
Semuanya gara-gara mereka sekeluarga berdepan dengan masalah kewangan yang menimpa mereka beberapa tahun lalu.
Kata Hanee, ketika itu dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Gadis ini berkongsi coretan rasa tersebut menerusi Instagram, awal bulan ini.
“In 2008, I went to a special school. Dislexsia center ampang. Sekolah khas untuk org istimewa Macam saya. Hanee memang ada masalah pembelajaran. Tp Alhamdulillah very mild..Hanee dekat special school for 2months n after that masuk sekolah biasa balik.
“Hanee masuk sk taman Maluri pada 2011. Hanee masuk sekolah tu Sebab sktm ada aliran khas untuk dyslexics. So hanee belajar dlm dua aliran. Aliran Perdana n aliran khas. Sebenarnya susah cos aliran Perdana pembelajaran lebih laju n aliran khas lebih perlahan.
“Tp hanee berjaya ikut rentak ikut pembelajaran Di sekolah. Time upsr, kehidupan hanee sngt teruk dari segi kewangan,” tulisnya.
Ketika itulah, fasa sukar mulai ditempuh bintang muda ini.
“Hanee xde rumah time tu, menumpang rumah makcik kat sungai buloh setiap hari ulang alik ke kl Sebab sekolah kat maluri.
“Kadang2 mandi kat petronas tido dlm kereta. Tuition tak pegi sebab xmampu. Tp Alhamdulillah result upsr tak mengecewakn,” maklumnya sambil menyifatkan dirikan bukan bodoh seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Saya tak bodoh, dyslexics people tak bodoh.Sebenarnya kami genius cuma dengan cara pembelajaran yg betul kami boleh jd lebih cerdik dari org biasa,” tulis Hanee panjang lebar.
Semalam merupakan episod keempat Dewi Remaja dan untuk episod seterusnya, jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Haneesya Hanee