“Kadang Rasa Malu Pun Ada,” – 5 Tahun Kahwin, Idayu Sedar Pasti Ada Ingat Salah Seorang Dari Mereka Mandul

Share

Penyanyi, Idayu mengakui kadang kala berasa segan apabila orang ramai mula bercerita mengenai soal zuriat memandangkan dia sudah tiga tahun menjalani bahtera perkahwinan.

Menurut Idayu, terkadang dia ada terfikir orang luar pasti mengaggap sama ada dirinya atau suami yang mandul meski sebaliknya.

Bagaimanapun, juara AF Megastar itu tetap reda dan menganggap masih belum ada rezeki untuknya menimang cahaya mata.

“Mesti anda ingat kami ini seperti merancang, sebenarnya tidak. Sangat tidak cuma Allah belum beri lagi.

“Kadang-kadang saya rasa malu pun ada. Ada kala dalam kepala saya ni terfikir mesti orang ingat salah seorang dari kami ni mandul,” katanya jujur.

Idayu berkongs hal berkenaan kepada MH ketika ditemui di Majlis Iftar bersama Penyanyi Lagu-Lagu Tema Drama Nur.

Ditanya sama ada Idayu dan suami pernah mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan, ini jawapan daripada penyanyi yang digelar Mariah Carey Malaysia itu;

“Saya ada pergi buat pemeriksaan tetapi suami saya belum lagi sebab sibuk bekerja.

“Dulu memang problemnya pada saya kadang kala saya ada masalah haid yang tidak tetap sebab stress bekerja.

“Tapi sekarang dah kembali normal dan kami masih lagi mencuba,” jelasnya lagi.

Majlis iftar tersebut dibuat untuk meraikan para peminat yang selama ini telah menyokong bukan sahaja drama popular Nur malah, lagu temanya juga.

Terdahulu, Idayu telah melansungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Sharul pada tanggal 15 Mei 2014.

Published by
Aizam Manaf