Penyanyi, Indah Ruhaila akui ada ketika bukan satu hal mudah baginya untuk membicarakan mengenai soal zuriat lebih-lebih selepas usia perkahwinannya kini telah mencecah hampir lima tahun.
Bagaimanapun, Indah tetap percaya dengan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya memang kerap kali ditanyakan mengenai soal zuriat ini. Saya memang mahukan zuriat. Setiap pasangan suami isteri mengharapkan untuk punyai zuriat.
“Cuma sekarang ini masih belum ada rezeki untuk saya dan suami walaupun sudah lima tahun berkahwin.
“Bagi orang lain, perkara-perkara seperti mungkin mudah sahaja untuk dijawab tapi bila kita duduk sorang-sorang, barulah terfikir agak susah juga untuk kita berikan jawapan.
“Kadang-kadang saya terfikir, bila kita takda anak ni, nanti dah tua siapa nak jaga kita? Bagaimanapun, saya tidak mahu fikirkan perkara yang tidak baik tentang perancangan Allah SWT sebab dia tahu bilakah waktu yang tepat,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-10 ini juga tidak mahu metelakkan sebarang tekanan terhadap dirinya berkaitan soal zuriat ini.
“Saya rasa ramai juga pasangan di luar sana walaupun sudah bertahun-tahun tiada anak dan jalani prosedur IVF, rezeki mereka tetap tiada lagi. Itu semua kuasa Tuhan.
“Jadi, saya tidak mahu memberikan tekanan terhadap diri saya sendiri. Kalau ada orang tanya pun, saya akan jawab saya tidak tertekan. Suami saya pun begitu juga. Dia pun percaya bila dah sampai waktunya, rezeki mesti ada,” ujarnya lagi.
Ads
Ketika ditanya adakah dia sudah memutuskan untuk menjalani prosedur In vitro fertilization (IVF) dalam masa terdekat, Indah memberitahu, dia masih lagi mahu mencuba untuk hamil secara normal.
“Saya rasa fasa saya ini masih baru lagi kalau nak buat rawatan kehamilan ini. Lima tahun ini masih baru lagi sebenarnya. Saya masih lagi nak mencuba secara natural.
“Umur saya pun bukannya tua sangat. Saya masih ada lagi kudrat,” akhirinya.
Sekadar informasi, Indah mendirikan rumah tangga bersama suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq pada tanggal 24 Disember 2017.
Ads
Terdahulu, Indah baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul All My Heart.
Menurut Indah, lagu ini ternyata menampilkan sisi lain kekuatan vokalnya yang sebelum ini sinonim dengan lagu-lagu bernada tinggi.
Karya ini merupakan lagu hasil ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik ditulis oleh STR4WBERICHA.
All My Heart kini sudah boleh didengari di seluruh platform media sosial manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Indigital Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Indah Ruhaila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kes tular kematian kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang ditemui mati di Gunung Raya dalam keadaan hanya tinggal tengkorak kepala serta cebisan rambut mendatangkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
Fakhrul UNIC menerusi laman Instagram meluahkan kemarahan ke atas kes kematian dan menyifatkan pembunuh kejam dan hanya mengikut nafsu semata-mata.
Berkongsi keratan akhbar menyiarkan kronologi kes pembunuhan kanak-kanak malang ini, ulas penyanyi nasyid ini lagi, semoga keadilan dapat ditegakkan.
“GILA…Dah agak dah ni bukan kes biasa yg berlaku sblm ni, mati di tgn pengasuh..n pengasuh takut n sembunyikan kematian..ni KES DERA & BUNUH..kejam,akibat ikut nafsu semata2..apala dosa anak ni..moga ada keadilan buatmu aisyah #bintangsyurga.”
Netizen turut terkesan dengan kisah tidak masuk akal itu dan membuat telahan masing-masing akibat emosi yang melanda. Namun janganlah kita mudah berprasangka buruk, kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab kita.
Selain Fakhrul, beberapa selebriti lain turut menitipkan doa. Al-Fatihah untuk adik Nur Aisyah Aleya.
Foto – Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jurusolek profesional, MUA Bellaz menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Jumaat.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Bellaz atau nama sebenarnya Nir Nabila Zulyadini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram
Pada masa sama, Bellaz turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Nur Aisywara Nealofa.
“Allahuakbar, syukur Alhamdulillah. Nur Aisywara Nealofa,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri berasingan, Bellaz turut memberitahu, anaknya bongsunya itu kini berada dalam keadaan yang sihat.
Malah, dia juga turut mengimbas kembali saat pertama dia mengetahui mengenai kehamilannya itu sewaktu menunaikan umrah di tanah suci.
“Salam maal hijrah buat semua aunty dan uncle yang beragama Islam. Alhamdulillah Nur Aisywara Nealofa sihat di awal Muharam ini.
“Awal Muharam hari yang penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari makkah ke madinah.
“Di Kota Makkah la Nur Aisywara Nealofa hadir dekat rahim mama. Test dekat Malaysia dia tak naik dua line. Duduk sana dalam dua minggi test-test, naik rezeki ya Allah. Suprise dekat sana,” kongsinya lagi.
Malah, Bellaz yang kini memiliki lebih dua juga pengikut di laman Instagram turut menitipkan doa buat semua pasangan suami isteri yang sedang menantikan zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka
“Bellaz doakan ibu-ibu semua yang menanti diberikan zuriat secepat mungkin. aminnnn Amin,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Bellaz dan suami.
Sekadar informasi, Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2013 dan telah terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada meluahkan rasa kesal bila ada yang memberi kritikan yang diberikan kepadanya berkaitan dengan soal keikhlasan bintang itu di dalam menjaga anak-anak tirinya.
Perkongsian panjang lebar itu dikongsikan pelakon Setelah Cinta Itu Pergi menerusi Instsgram.
“Received stupid DM semlm,tp sbb hakak tk suka nk viral2 ni,hakak tulis sini supaya yg tkdak kerja tu ada bahan bacaan.. My Anak2 tiri stay dgn hakak.. mkn,pakai,sekolah aku yg buat sampai skrg dh besar dh pon.. Its been 7 years now.
“Mak depa akan amik during the weekend.. tp bukan setiap weekend,but i’m not complaining cause I understand that she has to work, she needs to pay her bills too.. so no big deal sama2 jaga.
“Hakak tk kuasa nk amik video buat best tgh jaga anak2 tiri pastu post kat media sosial,and hadap pujian.. pujian ni boleh buat org jd riak,dari mula2 rasa ikhlas lama2 rasa syok kena puji,i dont post my photos dgn anak2 tiri,sbb byk hati nk kena jaga,i’m a mother i know how it feels to see ur kids with someone else especially step mom,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Faezah sejujurnya tidaklah menyalahkan netizen 100 peratus tetapi tidak mahu ada sesetengahnya yang hanya dapat dosa begitu sahaja.
“Hakak busy hantar anak school,tuitions,kerja sekolah,nk masak.. blom lagi bila kena shooting..ampa ingat aku ada masa nk keluarkan phone nk record? Hakak nk pi jamban pon tk sempat dik! I sacrifice my career for my 5 kids,klu hakak kaki sondol,hg ingat anak2 tiri nk dok lagi ngan aku ke woi!!
“Ampa ingat mak depa nk bg ke stay ngan mak tiri dari kecik klu aku ni konon nya kaki sondol? Mak mana yg nk bg anak2 dia dok ngan mak tiri klu mak tiri mcm setan?
“I’m not blaming the neziten sbb ampa mmg tk tau apa pon, ampa pandai buat dosa kering ja.
“Whatever i do for my family is because of Allah not to please anyone.. Other people’s perception of me,aint none of my business,” tulis Faezah panjang lebar.
Terdahulu, Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011 dan kini menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinn.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambungan coretan perjalanan penulis ke Tokyo atas tugasan pada penguhujung Oktober lalu dirangkumkan dalam penceritaan kali ini pula. Masih terasa adrenalin masyarakatnya yang sentiasa...