“Kadang Tergadai, Tak Cukup Duit Nak Tebus,” – Pajak Emas Demi Besarkan Anak-Anak, Cara Uyaina Arshad Balas Jasa Ibu Cetus Sebak

Share

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menyifatkan pengorbanan ibunya untuk membesarkan dirinya serta tiga adik-beradik lain sememangnya tidak ternilai lebih-lebih lagi selepas pemergian bapa tercinta.

Menurut Uyaina, ibunya itu harus melakukan pelbagai perkara demi kelangsungan hidup keluarga sehinggalah terpaksa memajak barangan kemas milik peribadi.

“Aku membesar melihat kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan emot orang anak seorang diri. Arwah ayah aku meninggal sewaktu aku berusia empat tahun.

“Sejak dari itu, mak akulah yang membanting tulang siang dan malam untuk membesarkan kami empat beradik seorang diri,” tulisnya.

Katanya lagi, ada kalanya ibunya itu tidak mampu untuk menebus semula barangan kemas yang teleh dipajak disebabkan kekangan kewangan.

“Memandangkan aku yang paling bongsu, jadi, akulah yang selalu ikut dia ke kedai pajak gadai. Bila ada duit lebih, dia akan beli emas. Bila ada waktu-waktu terdesak, dia akan pajak emas dia tu balik untuk dapatkan duit.

“Kadang-kadang dia mampu untuk tebus balik emas dia. Kadang-kasang tergadai begitu sahaja. Sebab tak cukup duit nak tebus balik,” ujarnya lagi.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Lantaran itu, Uyaina memaklumkan dirinya telah memasang azam untuk menghadiahi ibu barangan kemas pada setiap tahun selepas dia mula bekerja.

“Sejak dari itu, aku berazam untuk belikan emas untuk dia. Sejak aku mula bekerja, Alhamdulillah aku dapat belikan satu piece barang kemas untuk dia setiap tahun. Dia pilih nak yang mana.

“Aku rasa happy dan bangga bila tengok mak aku pakai barang kemas yang aku belikan untuk dia. Tiap kali selepas aku hadiahkan emas untuk dia, cuma satu yang aku minta iaitu doa daripada ibuku.

“Terima kasih kerana memberikan aku keberkatan dalam duia ini, wahai ibuku. Selamat hari ibu syurgaku,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Uyaina akan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.

“Bismillah, semoga saya juga mampu untuk membahagiakan ibu.

“Seronoknya dapat bahagiakan ibu.

“MasyaAllah, terharu bila tahu perjuangan umi membesarkan Uyaina dak adik-beradik. Sampai saya menangis. Dia umpama bidadari yang penyayang. Semoga keluarga Uyaina selalu diberkati dunia dan akhirat.

“Seronok tengok. Moga dilimpahkan rezeki buat Uyaina untuk selalu membahagiakan hati ibu. Kalau arwah mak masih ada, saya pun nak bahagiakan arwah mak,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, video tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad

Published by
Aizam Manaf