Bergelar ibu pada usia 24 tahun, pelakon Mawar Rashid merasakan itu adalah satu anugerah terindah dalam hidupnya.
Malah, pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah.
“7 months in VS 7 months out. Alhamdulillah jujur nak cakap ni, Bersyukur sangat dengan apa yang Allah S.W.T aturkan dalam hidup Mawar.
“Walaupun Mawar rasa cam umur 22 kahwin and umur 24 ada anak tu macam awal, yelah, Mawar rasa umurcamtu cam muda sangat nak pikul tanggungjawab,” tulisnya.
Sekali gus, menjadikan Mawar lebih matang dalam menguruskan kehidupan diri sendiri dan keluarga.
“Tapi sebenarnya perkahwinan and jadi seorang ibu banyak ajar Mawar dalam kehidupan sementara di dunia ni.
IKLAN
“Ape yang Mawar nak hightlight kat sini, Mawar happy, makin lama dalam perkhawinan, lepas Ada anak ni, Mawar ngan suami pun jadi lebih mengenal hati masing2.
“Lain sangat dari dulu. Semoga Allah sentiasa lindungi Dan berkati rumah tangga kita. Amin,” akhirinya.
Pengacara dan penerbit, Sheila Rusly kini sedang sibuk menerbitkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Cindai yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Menerusi posting terkini di akaun Instagram milik Sheila, dia telah berkongsi satu rakaman video disebalik tabir drama berkenaan.
Rakaman video tersebut kelihatan Sheila sedang membantu pelakon Ayda Jebat dalam menghayati watak dalam lakonan drama tersebut.
“C I N D A I Sis belanja the making of sikit… hope korang rasa apa yg Cindai rasa @aydajebat @amverton_cove #cindai #jspictures #samarinda#tv3malaysia #betterthanyou#sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan dirinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.
Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.
“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.
“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.
“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.
“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.
Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan sendiri.
“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan diri dengan fikirkan hal lain.
“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.
“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan diri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.
Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.
“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.
“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada meninggal dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.
“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan penyakit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan penyakit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP
Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk siri jelalah di beberapa lokasi terpilih.
Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.
Bimbang andai aplikasi perkongsian gambar seperti Instagram tidak lagi ada pada masa akan datang, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mempunyai cara tersendiri untuk ‘merekodkan’ semua momen indah percutiannya bersama keluarga
Katanya, selain menjadi kenang-kenangan, sesi percutiannya boleh menjadi rujukan ahli keluarga.
“Setiap gambar percutian, saya akan rekod dalam CD (cakera padat). Akan tulis di mana destinasi ikut susunan.
“Senang nanti nak cari kalau nak tengok balik foto-foto yang sudah diambil. Esok lusa, kalau tak ada Instagram, macam mana nak cari balik?
“Sebab itulah saya akan simpan ia dalam bentuk CD,” katanya kepada MH.
Che Ta sebelum ini sedia dikenali sebagai antara selebriti yang akan membawa jurugambarnya sendiri bagi merekod dan mengambil gambarnya sepanjang bercuti, sama ada di dalam atau pun luar negara.
Terbaru, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu dilihat sedang berlibur di Langkawi bersama ahli keluarganya yang lain. Kelas Che Ta!
Penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sah bercerai talak satu selepas Datuk Red, 46, melafazkan talak di Mahkamah...