Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin pernah mendedahkan sebelum ini, dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah awal tahun ini secara sederhana sahaja.
Bagaimanapun, atas dedikasi dan penghargaan rakan seindustri, ibu tunggal ini terharu apabila ada pihak yang sudi membantu apabila berita mengenainya mulai diperkatakan.
Sasha, 41, menjelaskan, pada peringkat awal dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah di Pejabat Agama Islam dengan dihadiri keluarga belah pihak sahaja.
“InsyaAllah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan dalam suasana yang sederhana sahaja. Memandang ini bukanlah perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Memang niatnya nak buat sederhana sahaja.
“Sekadar hanya nak langsungkan di Pejabat Agama saja sebab abang saya pernah buat sedemikian. Bagi saya yang penting adalah nikah dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
“Sudah tentu kemudiannya saya akan kongsikan berita itu kepada semua andai ada majlis resepsi selepas itu. Akan tetapi bila berita itu keluar dan diketahui, ramai yang ucap tahniah dan sebagainya.
Ads
“Saya terharu dan menangis jugalah. Mungkin kerana ada yang sudah melihat saya bergelar ibu tunggal lebih lapan tahun lalu dan besarkan anaknya sendiri. Ramai yang mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite ini juga sebolehnya berdoa agar segalanya berjalan lancar.
“Syukur, ada juga pihak yang sudi taja perkahwinan kami. Yang paling seronok, bila rakan-rakan lama yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri pun ada yang sudi tolong. Ia sesuatu yang sentimental bagi saya.
Ads
“Apabila semuanya hampir pasti nanti, baru saya lebih selesa untuk berkongsi dengan semua. Apapun, insyaAllah majlis serba ringkas seadanya sahaja.
“Sekarang ini semuanya masih dalam proses dan sebolehnya, saya mahu ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan,” jelas Sasha.
Ditanya mengenai kisah perkenalan di antara mereka, Sasha memberitahu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mr. W itu sudah saling kenal sejak di bangku persekolahan.
Ads
“Betul-betul rapat tahun lalu, tetapi kami sudah saling kenal sejak zaman persekolahan dulu. Kami berbeza sekolah namun kenali dia menerusi rakan ketika itu.
“Dia kacukan Arab-Melayu,” akui Sasha yang turut memberitahu hanya akan mendedahkan wajah bakal suami menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Difahamkan, majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Sasha Saidin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal petang tadi, pelakon cantik Rita Rudaini ada memuat naik foto keratan artikel sebuah akhbar mengenai dirinya yang bertajuk ‘Moga bertemu di akhirat’.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada penulis dan akhbar berkenaan, Rita sempat memberi pendapat dan harapannya terhadap dua anak pada bapa mereka.
Tulis Rita, masih ada pihak yang gigih untuk masuk campur dan gigih cuba burukkan dirinya dan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
“…Sbb ada dua tiga ekor dan pihak yg gigih masuk campor dan gigih cuba burukkan mommy pd daddy ryan n juna,xde masalah. Biarkan merekor2 itu 24jam pikirkan pasal sisturr n strategi utk hancur kan sisturr n segalanya….dgn izinNYA jugak, merekor lupa?,” tulisnya.
Pada masa sama, Rita turut berpesan kepada anak-anak, andai tidak dapat bersua muka di dunia, doa banyak-banyak supaya dapat bertemu di pintu syurga.
“Sisturr just pesan kt anak2 sisturr,klau xbersua muka di dunia, bole bersua di tempat lain….doa byk2 supaya dpt bersua muka dgn daddy di akhirat dan di pintu syurga…? amin….the end…..,” kongsi Rita.
Paling Sempurna Terlerai sudah pencarian kasih Takdir bertemu ketentuan ilahi Dia wanita sempurna Selama ini ku nanti Hadir tak diduga . Sudah tertulis Ditakdir bersama Ikatan rindu menyatu kita berdua Sungguh rasa bersyukur Ditemukan lelaki yg paling sempurna . Kita memang ditakdir bersama Hidup bahagia di istana cinta Berjanjilah sayang Kita hidup bersama Hingga ke hujung nyawa..
Dalam pada itu, Fattah bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dikurniakan isteri yang sangat memahamai dirinya.
Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin.
Susulan itu, netizen turut mendoakan kebahagian pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu.
Wah! Sweet couple betul Fattzura ni,kan?
Apa-apa pun MH ucapkan semoga kalian kekal bahagia selamanya hingga syurga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!