Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menerusi posting terkininya di Instagram ada berkongsi beberapa keping foto saat menghadiri majlis sebuah jenama kasut mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkongsi beberapa keping foto kandid, pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan itu dirakam hadir bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Sa’aid Aiman Hazley.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan kenalan lamanya sejak di bangku persekolahan.

IKLAN

Serentak dengan muat naik foto ‘sweet’ itu, rata-rata peminat serta rakan memberikan reaksi dan ada di antaranya yang turut mendapat jawapan balas dari anak kepadanya bintang senior, Rohana Jalil itu.

”Dua-dua helok yang amat. Kahwin cepat please,” tulis satu komen lalu Kila mengucapkan terima kasih dan mohon mendoakan.

“Kahwin Cepat Please,” – Kilafairy Diminta Cepat-Cepat Tamatkan Zaman Bujang, Ini Respon Tuan Badan “Kahwin Cepat Please,” – Kilafairy Diminta Cepat-Cepat Tamatkan Zaman Bujang, Ini Respon Tuan Badan

IKLAN

Meninjau ke laman Instagram miliknya pula, Kila sering sahaja berkongsi foto bersama si dia, khasnya apabila menghadiri sesuatu majlis.

IKLAN

Sebelum ini, bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Indonesia, Hardy Hartono.

Foto: Instagram Kilafairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI