Sejak semalam, isu membabitkan rumah tangga diantara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nyata menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Misalnya ahli perniagaan, Nur Sajat yang sebagai orang luar, kita tidak perlu untuk terlalu mengikutkan emosi ketika memberikan pandangan.
Menurutnya, keluarga tersebut berhak untuk mendapatkan ruang bagi menyelesaikan isu dalaman yang sedang dihadapi oleh mereka.
Perkara tersebut dikongsikan pengasas kosmetik ini ketika ditanya netizen dalam sesi ‘TikTok Live’.
“Pada saya kita semua tak perlu masuk campur. Yang kahwinnya mereka. Kahwin dua atau tiga ini bukanlah satu perkara baru. Tak perlu terkejut beruk. Itu keluarga mereka dan biar mereka selesai cara elok.
“Tak perlu la kita komen. Biarlah mereka lalui dengan tenang. Ni korang pula nak menghakimi. Buat tambah dosa kering je. Doa yang baik-baik kerana itu yang lebih afdhal daripada kita nak bagi pendapat.
“Kita ini tiada dalam kehidupan mereka. Hanya sekadar kenal. Jadi doakanlah yang baik-baik. Yang bergaduh kita baik-baikkan dan yang baik kita erat-eratkan,” katanya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Bobo Di Mana itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.
Katanya lagi, daripada sibuk bercakap mengenai orang lain, adalah lebih baik jika kita fokus untuk memperbaiki kehidupan kita selepas ini.
“Pengakhirannya nanti, kita sama-sama akan tua dan pijak antara satu sama lain. Pak cik saya tu ada yang berkahwin sampai empat dan mereka elok sahaja. Pandai-pandailah mereka bawa diri.
“Perkara tersebut dibenarkan di dalam Islam. Jadi, rasanya itu pun sudah cukup. Tak perlu nak menyusahkan lagi keadaan. Tak payah nak peningkan kehidupan orang. Teruskan kehidupan kita.
“Kita duduk sahaja diam-diam dan usaha naikkan punca pendapatan kita. Jangan cari punca-punca dosa. Sama ada orang itu gembira atau terluka, tak perlu kita masuk campur,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Semalam, Syamsul memaklumkan dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Pengakuan itu dikongsikan sendiri Syamsul menerusi laman Instagram.
Malah, Syamsul turut memohon Puteri Sarah untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka itu.
Pada malam Jumaat pula, Puteri Sarah telah pun memuat naik sebuah video di Instagram bagi memberikan kenyataan selepas dia merasakan Syamsul seperti ingin mengalihkan kesalahan terhadap dirinya.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Dytto Tacocat