
Kecantikan busana perkahwinan pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, gaun berperincian labuci dan kilauan menjadikan busana tersebut tampak indah hasil sentuhan Putra Aziz.
Dalam pada itu, usahawan kosmetik, Nur Sajat juga bagai turut terpesona dengan kecantikan gaun tersebut.
“Coach Yin nanti kahwin I pakai mcm ni cantik tak?,” komen Sajat terhadap foto yang dikongsikan sebuah portal hiburan.
View this post on InstagramBusana kedua Elfira Loy di majlis bertandang di Sheraton Hotel ?
A post shared by ROTIKAYA (@rotikaya) on
Lantas, perkara tersebut telah mendapat ratusan respon dari netizen yang turut membalas komen usahawan itu.
Nyata, busana pengantin yang dipakai Elfira sangat elegan dan cantik sehinggakan usahawan itu juga turut idam untuk pakai gaun sama.
Foto : IG Roti Kaya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azad Jasmin Pernah Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Sebab Emas

Selebriti Azad Jasmin mendedahkan dia sebelum ini pernah bermasam muka dengan isterinya, Eira Syazira hanya kerana mahu membeli dan melabur emas.
Menurut Azad, ketika menyampaikan hasrat itu kepada Eira, isterinya tidak bersetuju kerana bimbang suaminya akan menjadi salah seorang mangsa penipuan atau scammer.
“Jujurnya saya memang pernah ditipu sebelum ini dengan kerugian yang banyak juga jadi saya faham bila Eira tarik muka dan tidak bersetuju pada awalnya.
“Bagaimanapun, saya cuba yakinkan dia dan Alhamdulillah bila isteri nampak saya bawa balik emas itu dalam bentuk fizikal dia mula senyum,” katanya.
Azad yang juga penyampai radio berkata demikian pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia, di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, tujuan dia membuat keputusan melabur emas sebagai tujuan simpanan untuk masa depan bagi dirinya dan keluarga.
Namun Azad mengakui dia mengambil iktibar atas kesilapan lalu dengan melakukan pemeriksaan mengenai pelaburan yang diceburi ketika ini.
Dia yang juga rakan artis bagi QM berkata, sebelum bersetuju beberapa langkah turut diambil termasuk berjumpa dengan pihak Semboyan Malaysia.
“Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi maklumlah Semboyan satu badan yang banyak membantu kes mengenai penipuan dan scammer termasuk pelaburan emas.
“Jadi saya jumpa untuk bertanya mengenai syarikat QM ini dan kami turun serta berjumpa dengan pengasanya sendiri Datuk Lim Khong Soon.
“Bila jumpa semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan jelas dan memberikan gambaran boleh percaya kepada kami semua,” katanya lagi.
Azad turut menegaskan, mereka yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapat maklumat tepat agar tidak tertipu.
Lantaran itu, dia berkata usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran betul kepada orang ramai untuk melabur emas.
“Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik. Pada saya, emas ialah pelaburan yang tepat kerana sentiasa ada nilai sampai bila-bila,” katanya.
Dalam pada itu, Azad berkongsi berita gembira apabila dia kini sudah memperbaharui kontrak sebagai penyampai radio ERA FM.
Tambahnya, dia memilih untuk memberikan fokus kepada bidang radio dan pelaburan pada masa ini dan meletakkan lakonan ke tepi.
“Selain di radio selama lebih kurang setengah hari, saya juga bapa kepada tiga anak dara yang memang rapat dengan saya. Jadi saya perlu beri tumpuan kepada mereka.
“Saya juga menyokong kerjaya seni Eira yang kini turut berkembang ke negara jiran Indonesia,” katanya.
Terdahulu, satu majlis Mou diadakan antara QM iaitu syarikat pengimport dan pembekal emas dengan Semboyan Malaysia bertujuan menyediakan solusi kepada hal berkaitan pelaburan emas yang sah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Salah Tapi…,” – Ibu Tumpang, Siti Hariesa Minta Jangan Cepat Menilai

Pelakon meningkat naik, Siti Hariesa akui watak Lutfiyah yang juga merupakan ibu tumpang nyata menguji kemampuannya untuk memberikan kualiti lakonan yang terbaik di dalam drama terbaharu, Senyawa.
Menurut Hariesa, watak ini memerlukan permainan emosi yang tinggi bagi memastikan perasaan itu sampai ke jiwa penonton.
“Ini adalah kali pertama saya membawakan watak berat dan bermain dengan pelbagai emosi. Watak ini sangat susah untuk dibawakan tapi saya mendapat bimbingan daripada pengarah, Eyra Rahman.
“Watak ibu tumpang ini juga sangat mencabar. Seperti kita tahu, ibu tumpang adalah haram di sisi agama Islam.
“Namun, kepada pada penonton, lihatlah cabaran yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tumpang ini. Walaupun perbuatan ini salah tapi kepayahan yang harus dilalui itu juga memang perit,” katanya kepada MH.
Hariesa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Senyawa, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun berharap agar penonton tidak cepat menilai sebaliknya harus menghayati mesej yang ingin di sampaikan di dalam drama ini.
“Jika bawa watak antagonis dan penonton benci, itu bermakna lakonan kita berjaya. Walau berjaya, kita tetap dihentam. Namun, ibu tumpang ini adalah kisah yang berbeza.
“Di dunia nyata, saya bukanlah seorang ibu tumpang dan ia hanyalah watak yang saya mainkan.
“Saya nak tunjuk watak seorang wanita yang terpaksa melalui susah payah hidup dan konflik yang sangat banyak.
“Jadi, saya harap penontan dapat melihat daripada perspektif watak Lufya dan bukan hanya sekadar wanita ibu tumpang.
“Walaupun perbuatan itu salah, dia tetap berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik,” kongsinya lagi.
Selain Hariesa, drama arahan Eyrah Rahman ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shahz Jaszle, Trisha Ooi, Datin Nina Jurin dan Aleza Shadan.
Senyawa bakal ditayangkan bermula 25 Oktober ini, pada Jumaat dan Sabtu jam 9 malam di platform penstriman Iqiyi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Foto Hannah Delisha Lap Tisu Pada Dahi Syukri Yahaya, Hairul Azreen Ugut Nak Kasi Tahu Isteri Tuan Badan!

Awal malam tadi, pelakon Shukri Yahaya ada berkongsi sekeping foto yang diambil menerusi salah satu babak di dalam drama bersiri baru lakonannya, 30 Pesanan Suara yang kini rancak bersiaran.
Lalu, bapa kepada seorang cahaya mata itu ada menulis kapsyen berbaur humor dan apa yang menariknya, pelakon Hairul Azreen turut meninggalkan komen yang ‘mengundang’.
View this post on Instagramahh sudah.. jem kau Izman! ??♂️ #30pesanansuara
A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on
“Bagi tahu Tya!,” komen Hairul terhadap foto yang merakamkan aksi Hannah yang sedang mengelap dahi Syukri dengan tisu.
Lebih menarik, Syukri Yahaya turut meninggalkan komen balas sejam selepas itu.
“Eh kau kaki mengadu eh,” balas Syukri lalu disambut para peminat yang rata-ratanya terhibur bila membaca komen balas dari sesama rakan industri.
Terdahulu, drama 30 Pesanan Suara yang ditayangkan setiap Isnin hingga Ahad, jam 7.00 di slot Akasia TV3.
View this post on Instagram? #30pesanansuara iye.. SETIAP HARI! ?
A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on
Foto: Instagram Syukri Yahaya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI