Penyayi Shiha Zikir mengakui masih belum terdetik untuk mendirikan rumah tangga, meski hubungan yang dibina bersama teman rapat yang juga pengurusnya yang dikenali sebagai Arul sudah pun berputik lebih beberapa tahun lalu.
Katanya kepada MH, dia sudah serik untuk memberikan apa-apa kenyataan berhubung soal kahwin, bimbang andai ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
“Kahwin? Jawapannya tidak. Sebab saya masih ingat, saya ada membuat kenyataan kepada media yang saya mungkin akan tamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini. Tetapi masih belum jadi juga.
“Jadi selepas ini, saya tak nak berikan apa-apa kenyataan atau ‘janji’, takut nanti dikata propa pula kalau tak jadi. Lalu yang terbaik, biarlah ia go with the flow,” katanya jujur.
Shiha yang popular menerusi single Jagakan Dia bagaimanapun bertuah kerana mempunyai si dia yang cukup memahami dan bukanlah jenis lelaki yang suka mendesak.
Ads
“Macam saya, tidak mahulah terburu-buru. Malah pasangan saya pun positif, dia bukan macam mendesak kerana dia pun ada misinya sendiri. Pada masa sama, dia pun risau sebab takut saya nak pilih dia atau pun duda,” jelas Shiha secara seloroh.
Dalam perkembangan lain, Shiha bakal muncul dengan sebuah lagu dangdut, khusus untuk pasaran Indonesia hujung bulan ini.
“Lagunya sudah dirakam dan insyaAllah kami akan lancarkan ia bersama lirik video hujung bulan ini. Memang sudah lama nak rakamkan lagu dangdut bagi menghargai para peminat saya di sana.
Ads
“Malah yang mengikuti perkembangan saya saat menyertai program D’Academy Asia, tiga tahun lalu.
Terdahulu, Shina ditemui media di pembukaan cawangan kedua spa kecantikan FABUlash yang mempunyai kepakaran tidak hanya terbatas pada sambungan lash extension saja tetapi manicure, pedicure, waxing dan henna yang selamat untuk si pemakai.
Ads
Pengarah Pemasaran FABUlash, Cik Hi Yin Pink para pelanggan juga tidak perlu risau kerana servis yang ditawarkan selamat dan halal.
“Pelanggan juga tidak perlu bimbang atau khuatir, kerana perkhidmatan kami dijamin selamat dan halal untuk digunakan. Malah kami adalah satu-satunya di Malaysia yang mempunyai sijil dan kami diiktiraf oleh Persatuan Nailist Jepun,” katanya.
Bersama-sama Pink menggerakkan FABUlash untuk cawangan Taman Tun Dr Ismail, adalah Tengku Ab Hadi Tengku Mustapha selaku Pengarah Urusan FABUlash dan Tracy Wan sebagai Pengarah Kreatif.
Antara selebriti tempatan popular yang merupakan pelanggan tetap FABUlash adalah penyanyi Nabila Razali, Nabila Huda, Janna Nick, Zara Zya, Datin Nina Juren, Noryn Aziz, Bella Astillah, Syamim Farid, Mimi Fly, Cassidy, Elisya Sandha dan ramai lagi termasuk Influencer media sosial terkenal.
Foto: Nik Ahmad Fahmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abang kepada pelakon Zizie Izette, Samzy Fuzette turut meraikan kelahiran bayi perempuan adiknya itu, awal malam tadi.
Malah, Samzy turut memuat naik dedikasi menerusi Instagram dengan kapsyen humor bersempena dengan kelahiran anak buah terbarunya itu.
“Congratulations on the birth of a new member in the family @zizieizette & @bungmoktar !! Semoga lebih produktif lagi pada tahun-tahun seterusnya??..amiiin.
Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Foto: Instagram Zizie Ezzette dan Samzy Fuzette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hasnol Hassan Ariff sah bercerai bersama isterinya, Marina Mohin dengan talak satu di Mahkamah Syariah Bangi, Selangor, kira-kira jam 12.18 tengah hari tadi.
Meski reda, Hasnol, 52, bersyukur kerana akhirnya proses perceraian diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Tiada permusuhan dan insiden tak diingini sebab kami dah terima kenyataan tak dapat hidup bersama lagi. Seumpama tiada rasa sakit,” katanya, memetik Astro Gempak.
Hasnol pada masa sama turut menitipkan pesanan ikhlas buat Marina yang telah menjadi isterinya selama 12 tahun.
“Saya cuma mahukan dia juga cari kebahagiaan yang diimpikan,” katanya lagi.
Hasnol berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.
Sementara menerusi perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.
Terdahulu pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini pernah bergolak, namun ia kembali pulih seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendedahkan dia bakal melakukan acara merisik buat anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, minggu hadapan.
Akui berdebar tetapi teruja, pelakon drama Kiah Pekasam yang mesra disapa Che Ta ini bagaimanapun terbuka apabila bercakap mengenai pilihan hati anak-anak.
“Tak kisah siapa pun Ammar pilih, saya hanya nak anak saya bahagia. Sebagai suami, Ammar perlu mendidik isterinya menjadi lebih baik.
“Tapi, bila dapat isteri berhijab lebih mudah. Lagi satu, bakal isteri Ammar ini juga bukan jenis yang jenis suka main media sosial,” katanya, petik Berita Harian.
Rozita menambah dia yakin wanita yang juga lulusan universiti itu mempunyai keperibadian baik biarpun baru dua kali bertemu.
“Apa yang saya tahu keluarga bakal isteri Ammar orang baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke Malaysia dan pernah bermain golf bersama Ammar,” katanya.
Ditanya mengenai tarikh pernikahan, Rozita memberi bayangan majlis pernikahan hanya akan dilangsungkan setahun lagi.
“Keluarga bakal menantu mahu anak sulung mereka terlebih dahulu. Selepas itu, barulah diikuti dengan majlis Ammar.
“Bagaimanapun, mengenai majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!