Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa selepas ramai pihak yang menganggap situasi yang dihadapi Youtubers sensasi, S.Pavithra dan M.Sugu adalah sama dengan apa yang dilaluinya bersama suami, Aliff Aziz.

Menurut Bella, bukan senang untuk seseorang itu membuat sebarang keputusan didalam perkahwinan kerana banyak aspek penting yang harus diambil kira.

“Korang ni sibuk betul pasal Pavithra. And samakan dia dengan kita kononnya dia Bella Astillah 2.0? Just because she chose to maafkan suami dia?

“Korang nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Tak payah fikir pasal anak-anak? Pasal rumahtangga? Pasal keluarga?

“Bukan senang nak buat keputusan. Marriage bukan mcm main masak-masak, melibatkan keluarga. Korang nak diorang divorce? Lepas tu baru korang nak bersorak?

“Tak faham apa yang netizen nak. Bila orang bergaduh suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak tapi bila orang dah berbaik pula suruh bercerai?,” tulisnya.

Rasa geram itu dikongsikan oleh Bella menerusi akaun Twitter miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Bella juga menasihati orang ramai supaya jangan terlalu cepat menilai kerana kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

“Better kita semua cermin kehidupan sendiri dan perbaiki kelemahan diri dulu. Dia nak jadi single ke nak kahwin ke nak jadi apa pun it’s her own rights.

“Apapun risiko, consequences yang akan dia hadap lepas ni diri dia juga yang akan hadap sebab pilihan dia.

“Siap cakap “haa lepas ni mesti kena lagi rabak” the question now is who are we to judge?

IKLAN

“Are we perfect enough? Are we an angel? And mcm mana kita ni boleh tahu tentang masa depan atau apa yang akan jadi? Kita bukan tuhan. Kita semua taktahu apa takdir kita,” katanya lagi.

Sementara itu, penyanyi lagu Tenang itu turut mengingatkan bahawa hidup ini adalah seperti roda dan semuanya adalah bersifat sementara.

“Yang kecewa tak selamanya kecewa. Yang bahagia tak selamanya bahagia sebab semuanya hanya sementara. Hidup ni macam roda.

IKLAN

“Sebagai manusia apa salahnya kita wish them yang baik-baik je. Sekiranya hati kita selalu doakan hidup org baik-baik, InshaAllah kitapun mendapat kehidupan yang baik.

“And, glad to know sekarang ‘Bella Astillah’ dah mulai ada cawangan,” jelasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kata-kata positif yang dikongsikan ibu kepada dua orang anak itu.

“Kahwin Ni Bukan Macam Main Masak-Masak,” – Sifatkan Hidup Ibarat Roda, Bella Astilah Respon Keputusan S.Pavithra “Kahwin Ni Bukan Macam Main Masak-Masak,” – Sifatkan Hidup Ibarat Roda, Bella Astilah Respon Keputusan S.Pavithra “Kahwin Ni Bukan Macam Main Masak-Masak,” – Sifatkan Hidup Ibarat Roda, Bella Astilah Respon Keputusan S.Pavithra “Kahwin Ni Bukan Macam Main Masak-Masak,” – Sifatkan Hidup Ibarat Roda, Bella Astilah Respon Keputusan S.Pavithra

Tweeet tersebut nyata menarik perhatian ramai setalah meraih hampir 8,000 retweet dan 13,000 tanda suka.

Sumber: Bella Astillah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI