Suami Pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menerusi Harian Metro menjelaskan, dia sudah cuba sedaya-upaya menyelamatkan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.
Malah, teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga mereka akhirnya terjawab apabila keduanya sudah tiga bulan tinggal berasingan.
“Status kami sehingga kini masih suami isteri, tapi hampir tiga bulan isteri tidak tinggal bersama di rumah saya.
“Saya tak pernah halau dia dan sudah berkali-kali meminta dia balik tapi dia tidak mahu,” katanya seperti yang dipetik.
Muizz menambah, dia pernah mencuba menghubungi pihak isteri bagi menyelesaikan isu yang berlaku.
“Saya cuba untuk menghubungi ibu dan keluarga dia untuk selesaikan masalah, tapi sia-sia.
“Saya cuba yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tapi dia tidak memberi kerjasama,” katanya.
Tambahnya lagi, segala perkongsian di Instagram sebelum ini yang mendakwa dirinya dikhianati dan dianiaya itu adalah benar.
“Perkongsian di Instagram sebelum ini memang benar. Saya dihina, dihalau, dikhianati dan dianiaya. Saya ada bukti yang cukup mengatakan isteri saya berlaku curang terhadap saya.
“Saya ambil keputusan untuk keluarkan kenyataan sebab dia sudah berlebihan dengan memalukan saya dan tidak menghormati saya sebagai suami serta keluarga saya.
“Dalam masa sama, dia memberitahu orang dalam industri hiburan semua yang berlaku adalah salah saya kerana tak sediakan kehidupan yang dia mahukan. Saya sangat-sangat kecewa,” katanya yang melihat perceraian adalah pilihan terakhir yang dimilikinya.
Harian Metro juga sebelum ini melaporkan, Muizz enggan mengulas mengenai dakwaan pelakon Aidit Noh menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.
Muizz juga sebelum ini ada memuat naik gambar dan kapsyen sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen berhubung status rumah tangga mereka.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI