Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Kain Tudungnya Mungkin Murah, Tapi Maruahnya…,” – PU Amin Kongsi Kisah Wanita...

“Kain Tudungnya Mungkin Murah, Tapi Maruahnya…,” – PU Amin Kongsi Kisah Wanita Palestin Syahid Kerana Pertahan Hijab Atas Kepala

Awal malam tadi, Pencetus Ummah Amin atau lebih sinonim dengan panggilan PU Amin ada berkongsi status serta kapsyen yang antara lain menyentuh mengenai kecekalan serta aurat wanita.

Menerusi foto di Instagram, PU Amin teringat mengenai suatu peristiwa seorang wanita Palestin yang syahid selepas ditempak pihak Zionis Israel gara-gara mempertahankan hijab di kepalanya.

“Kain Tudungnya Mungkin Murah, Tapi Maruahnya…,” – PU Amin Kongsi Kisah Wanita Palestin Syahid Kerana Pertahan Hijab Atas Kepala

IKLAN
Lalu menerusi ruangan kaspyen pula, PU Amin ada menitipkan sabda iaitu;

“Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

IKLAN

1. Kaum yang membawa tali seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)..
.
2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar boggol unta (atau wanita tidak bertudung ) . Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan (Riwayat Muslim),” tulisnya.

IKLAN
Lalu, kenyataan yang dikongsikan penceramah ini mendapat reaksi pelbagai dari kalangan netizen yang rata-ratanya mengakui akan kepentingan menjaga aurat seterusnya belajar untuk menjadi individu yang lebih baik dan beriman.
Foto: Instagram PU Amin

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI