Penyanyi senior, Noraniza Idris ada memberikan reaksi terhadap komen-komen yang ditinggalkan pengguna media sosial.
Meski pelbagai reaksi diberikan, bintang program hiburan, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini tetap berterima kasih atas segala pandangan yang diberikan.
“Kak Ani gelak je baca komen netizen. Kelakar sgt, seronok baca. Thank you sgt2 tau sbb korang begitu ambil berat, begitu sibuk memerhati & byk masa memberi komen & menjuri.
“Walaupun tak profesional, tapi oklah komen korang, Kak Ani suka jugak utk hilang2 stress kt #GV7 ni.
“Teruskan lagi please,” kongsi penyanyi Dikir Puteri ini sambil disusuli dengan kredit.
Terdahulu menerusi saingan minggu ketujuh GV7 Ahad lalu, Noraniza membawakan lagu Canggung yang dipopularkan oleh Wany Hasrita.
Noraniza turut menerima Anugerah Next Level Digi Ahad lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Manis Dah Bertudung, Tapi….”- Eh, Apa Yang Tak Kena Dengan Foto Emma Maembong Tu?
Penampilannya yang berhijab membuatkan ramai yang tertarik dengan keayuan dimiliki Emma Maembong.
Bagaimanapun, Emma baru-baru ini telah mendapat teguran dari netizen apabila seluar yang dipakai dikatakan tidak selari dengan imej seorang wanita muslimah.
View this post on Instagram@shikin_maembong @chacha_maembong
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Foto tersebut melihatkan aktres berkenaan bergambar bersama adik-beradiknya, ChaCha dan Shikin Maembong.
Menerusi gambar tersebut, netizen mula memberi fokus pada bahagian kaki Emma seakan terdedah (aurat) di bahagian buku lalinya.
Semoga teguran yang dberikan netizen dapat membantu Emma agar lebih berhati-hati, khasnya dari segi pemakaian.
Peminat tegur tu mesti sebab sayang, betul tak?
Foto : IG Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Lupa Bersedekah,”- Beri Ucapan Puasa Versi Korea, Video Ayana Moon Lain Dari Lain
Instafamous muaalaf popular, Ayana Jihye Moon ada memuat naik video di Instagramnya dengan cara dan gayanya tersendiri.
Memiliki kulit yang gebu dan mulus, gadis kelahiran Korea itu merakam videonya sambil mengenakan sepersalinan telekung berwarna putih.
“Assalamualaikum, selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga puasa kita semuanya berjalan lancar. InsyaAllah Allah bagi kita pahala dan jangan lupa bersedekah,” kata gadis berusia 23 tahun itu lalu disusuli dengan ucapan bahasa Korea.
View this post on InstagramA post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat menyambut bulan suci Ramadhan 1440H.
Semoga puasa kita semua lancar.
And during Ramadhan, do more Ibadah then InsyaAllah Allah S.W.T will give us more Pahala.
Don’t forget to do many charities as much as you can?
모두들 건강하고 행복한 라마단 되세요?
I will spend this Ramadhan in both countries, Malaysia and Indonesia. I will go to Jakarta tomorrow & start my work? See you! Ramadhan Mubarak,” tulisnya.
Mula memeluk agama Islam pada tahun 2012, Ayana sering berkongsi gambarnya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on
View this post on InstagramA post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on
Dalam perkembangan lain, Ayana akan mengadakan program sendiri sempena Ramadan iaitu Finding My Faith: Ayana Moon di Astro Naura (125 ) dan Astro Ria (104) bermula 13 Aprill depan jam 9 malam.
Foto : IG Ayana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Hubungi Caprice Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat,” – Komen Neelofa Di IG Live Ebit Lew, Minta Jangan Kaitkan Benda Tak Berasas
Selebriti dan usahawan, Neelofa dilihat turut meninggalkan komen di ruangan IG Live yang dilakukan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew susulan dakwaan yang timbul berhubung misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, petang Khamis.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor,32, memaklumkan perkara tersebut tidak benar dan dia bercadang untuk menghubungi rapper dan ‘influencer’, Caprice kerana ingin bertanyakan mengapa mengaitkan nama orang lain dalam hal berkaitan.
“Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. This is not right,” tulis Neelofa.
Neelofa pada masa sama turut meminta agar tidak dikaitkan dengan sebarang isu tidak berasas.
“Saya minta jangan kaitkan benda yang tak berasas,” tulisnya lagi.
Terdahulu, menerusi sesi yang berlangsung lebih sejam itu, Ebit antara lain tampil menjawab beberapa dakwaan dari rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Palestin yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri terhadap pihaknya seperti yang tular semalam.
Ustaz Ebit Lew petang semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau kebelakangan ini.
Sehubungan dengan itu, dia akan membuat penjelasan lanjut mengenai perkara berkaitan dalam satu sidang media.
Ikuti sesi IG Live penuhnya di sini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI