Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, baru-baru ini menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, menerusi sesi ‘Ask Me’ di Instagram Story.

Seorang pengguna platform sosial berkenaan ada bertanya sama ada mereka pernah tidur bersama.

“Dah sleep dengan J? (Jefri Nichol),” soal netizen tersebut.

Menjawab persoalan itu, Ameera yang juga adik kepada selebriti Neelofa, menjelaskan pertanyaan tersebut dengan ringkas, tapi bermakna.

Ads

“Sleep call setiap malam, kalau tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus,” tulis Ameera.

Tegur Netizen

Bagaimanapun pada akhir jawapannya, Ameera turut menegur netizen berkenaan, menyarankan agar lebih berfikir sebelum mengajukan soalan sedemikian.

“Kak, dah tua janganlah tanya soalan macam budak-budak yang tak ada otak,” tulisnya lagi.

Ads

“Kak Dah Tua, Janganlah Tanya Soalan Macam Budak Yang Tak Ada Otak,” – Ameera Khan

“Kak Dah Tua, Janganlah Tanya Soalan Macam Budak Yang Tak Ada Otak,” – Ameera Khan“Kak Dah Tua, Janganlah Tanya Soalan Macam Budak Yang Tak Ada Otak,” – Ameera Khan

Ads

Hubungan Ameera & Jefri 

Sebelum ini, hubungan Ameera dan Jefri pernah menjadi perhatian ramai, terutamanya selepas Jefri mendedahkan dalam sebuah podcast dengan mendakwa dia pernah tidur dengan lebih 20 wanita.

Namun, Ameera tetap mempertahankan aktor berkenaan dengan menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang baik.

Kebelakangan ini, pasangan sama cantik sama ini sering berkongsi momen bersama di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI