Penyanyi Kaka Azraff masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak terlalu berkongsi mengenai situasi rumah tangganya yang sebelum ini dikatakan sedang bergolak.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Nor Azraff, perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan dan dia juga tidak mahu sebarang kenyataannya disalah tafsir.

Kaka Azraff Simpan Sendiri Hal Rumah Tangga, Ulas Dakwaan Cerai Ekspres -“Hal Yang Sangat Sensitif…”

“Ketika ini, saya masih dengan pendekatan yang sama iaitu memohon ruang kepada semua pihak. Ini hal yang sangat sensitif buat saya terutama sekali ia turut melibat keluarga dan hal peribadi.

“Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak terlalu banyak berkongsi. Kalau terlalu berkongsi pun bahaya juga kerana hal ini melibatkan banyak pihak.

“Banyak hati yang perlu dijaga lebih-lebih lagi anak-anak dan keluarga. Saya tak mahu orang tersalah tafsir dengan apa yang saya perkatakan,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu berkata sedemikian ketika ditemui di konsert Astro Showcase di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Kaka turut memohon kepada semua agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Kaka Azraff Simpan Sendiri Hal Rumah Tangga, Ulas Dakwaan Cerai Ekspres -“Hal Yang Sangat Sensitif…”

“Saya berharap agar para peminat dan orang-orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat saya sekeluarga. Tiada siapa pun yang mahukan perkara ini berlaku.

Ads

“Insya-Allah, saya percaya setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. Jadi, saya kena yakin dengan perancanganNya.

“Kini, saya hanya fokus terhadap diri sendiri dan anak-anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menyifatkan 2024 ini sebagai tahun yang membuka matanya untuk lebih mengenali diri sendiri.

Kaka Azraff Simpan Sendiri Hal Rumah Tangga, Ulas Dakwaan Cerai Ekspres -“Hal Yang Sangat Sensitif…”

Ads

“2024 ini merupakan tahun yang banyak mengajar saya untuk lebih mengenali diri sendiri. Tentang siapa diri saya yang sebenarnya.

“Tahun ini juga banyak membuka mata saya untuk muhasabah diri. Kini, saya melihat sesebuah perkara itu dengan lebih meluas terutamanya dari segi diri sendiri, kerjaya, keluarga dan kehidupan,” akhirinya.

Sebelum ini, media melaporkan Kaka dan suaminya, Adam Azriff didakwa bercerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober lalu.

Kaka dan Adam berumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, Aryan, dan Atta Adam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI