Berkongsi berita duka di pagi Jumaat yang mulia, kakak kepada bekas penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
“Jumaat penuh barakah, hari ini, kakak kesayangan saya dunia dan akhirat, Mariani binti Ismail telah kembali bertemu penciptanya. Tenanglah kak long di sana. Al Fatihah,” tulisnya di paparan foto yang dikongsi.
Status sama turut dikongsikannya menerusi IG Stories.
Sebelum ini isterinya, Aida ‘Gadis Melayu’ sebelum ini memuat naik sekeping gambar dia bersama kakak ipar sewaktu di Tanah Suci Mekah dan memohon doa agar wanita itu diberikan kesembuhan.
“Mohon semue kesayangan aida same2 doakan moga Allah pelihara kesihatan Kakak Ipar Aida Mariani Ismail.
Ads
“Moga doa kite dipagi JUMAAT penuh barakah ini diangkat Allah sbg penawar untuknya,” tulis Aida atau nama lengkapnya, Khairul Noormaaidah Zali.
Meksipun sudah mempunyai rangkaian lagu-lagu hits, penyanyi Hazama tetap merasakan dirinya belum cukup layak untuk mengadakan konsert solo.
Menurut Hazama, dia ada menerima beberapa tawaran untuk mengadakan konsert solo tetapi terpaksa ditolak bagi memberikan fokus untuk menerbitkan album kedua.
“Sejak beberapa tahun lepas, banyak pihak yang menawarkan saya untuk mengadakan konsert solo tapi saya tolak. Saya rasa belum cukup lagu.
“Walaupun saya sudah mempunyai beberapa lagu hits, tapi saya rasa tak cukup. Setakat ada tujuh lagu hits, belum tentu kuat untuk dibawa ke konsert.
“Lihat sahaja nama-nama besar seperti Datuk M. Nasir dan Wings, mereka ada 20 hinga 30 lagu hits, baru layak nak buat konsert.
“Ini hanyalah pandangan saya. Pandangan saya tak semestinya betul,” katanya kepada MH.
Hazama berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran album keduanya berjudul ‘Pujangga’, baru-baru ini.
Katanya lagi, sekiranya diizinkan untuk mengadakan konsert solo satu hari nanti, Hazama mahu konsert tersebut mempunyai konsep yang melambangkan dirinya sendiri.
“Sebelum ini, saya banyak menumpang konsert orang. Bila orang tanya, tak nak buat konsert ke? Saya jawab belum lagi dan saya nak siapkan album dahulu.
“Bila album sudah siap dan orang ramai tahu lagu saya, baru seronok nak buat konsert. Barulah konsert saya itu boleh punyai konsep sendiri.
“Saya tak nak buat konsert sekadar menyanyi dan kutip duit. Kalau buat konsert, objektif utama saya bukanlah buat keuntungan. Saya nak diri sendiri dan orang menonton puas hati,” katanya lagi.
Malah, penyanyi lagu Relakan Jiwa ini turut menganggap karya-karya yang kuat bukan sahaja bagus untuk konsert tetapi juga baik buat branding seseorang artis.
“Kalau tiada karya yang kuat, takut nanti konsert jadi separuh masak. Namun, itu bukanlah bermakna penyanyi itu tidak bagus.
“Sebuah lagu hanya memakan masa tiga hingga lima minit. Jadi, macam mana nak mengadap konsert selama satu atau dua jam? Kalau baru ada satu sahaja lagu, tak cukup nak cover dua jam ni.
“Pastikan dua jam itu karya sendiri. Barulah penonton dapat kepuasan. Sebagai penyanyi, saya pernah cover lagu orang dan menyanyikan lagu sendiri ketika konsert.
“Namun, saya rasa lebih puas bila menyanyikan lagu sendiri. Malah, karya saya juga tak perlu dibandingkan dengan karya-karya artis lain,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eyra Hazali yang sedang hamil anak kedua mendedahkan dia terpaksa meletakkan syarat untuk setiap tawaran yang hadir demi memastikan fasa kehamilan berjalan dengan baik.
Meski menghargai setiap sokongan yang diterima, Eyra,23, atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali bagaimanapun bukan mahu menolak rezeki, tetapi ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai ibu hamil.
“Tawaran memang ada malah saya juga baru sahaja habis penggambaran di Terengganu untuk drama RTM. Sebenarnya tawaran ini saya terima sejak tahun lepas lagi, jadi memang perlu habiskan juga.
“Dalam keadaan mengandungkan anak kedua ini memang saya akui agak lemah sedikit pada fasa awal. Mujur dapat habiskan juga penggambaran,bukan mudah memandangkan terpaksa menguruskan semua sendiri tanpa suami ketika itu.
“Sebab itu saya bersyukur keluarga sangat memahami keadaan sekarang,” katanya yang merancang mengambil cuti panjang selama setahun sejurus bersalin anak kedua.
Eyra menjelaskan, selain mahu memastikan dia benar-benar sedia untuk kembali ke bidang lakonan, waktu tersebut juga akan dimanfaatkan dengan belajar ilmu perniagaan, khasnya menerusi bisnes minyak wangi yang diusahakan sejak dua tahun lalu.
Mengulas lanjut mengenainya, dia bertuah kerana diberikan kepercayaan pihak Nori Malaysia Sdn Bhd. untuk muncul dengan wangian pilihanya sendiri.
“Bila mereka memilih saya untuk menjalinkan kerjasama, ketika itu apa yang muncul dalam fikiran adalah langkah awal untuk bergelar seorang usahawan. Dengan usia muda ini saya tidak mahu ini dijadikan alasan untuk tidak berani mencuba.
“Tetapi siapa sangka selepas dua tahun, apa yang cukup membanggakan ketiga-tiga produk wangian di bawah jenama Eyra Hazali mendapat sambutan cukup baik. Buat masa ini saya sudah kenalkan empat wangian berbeza dengan tiga darinya menggunakan nama tiga kota terkenal. Bermula dengan wangian London, Barcelona, Qasdina dan Paris,” katanya.
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ini pada masa optimis selain mahu terus timba ilmu dalam soal menambat hati lebih ramai pembeli selepas ini.
“Selain memastikan produk ini berkualiti untuk mendapatkan kepercayaan pengguna. Apa yangdititikberatkan saya juga bagaimana wangian di bawah jenama Eyra Hazali Beauty ini juga berbeza dengan produk wangian di luar sana.
“Bila perbincangan dilakukan dengan pihak Nori Malaysia mereka setuju jika tumpuan produk ini juga turut diberikan perhatian terhadap pembungkusan. Tidak sekadar botol yang berkualiti, saya juga munculdengan idea untuk memastikan bahagian atas minyak wangi ini tiada penutup.
“Sebab sebagai salah seorang pengguna tegar wangian kita tahu kehilangan penutup botol minyak wangi memang selalu berlaku. Siapa sangka idea itu menyebabkan wangian saya diterima baik sehingga kini,” katanya lagi.
Wangian di bawah jenama Eyra Hazali Beauty itu sudah berada di rangkaian pasaraya Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi selain di outlet terpilih serta di aplikasi membeli belah.
Lebih mengujakan, rangkaian wagian berkenaan turut berada di 28 rangkaian Watson sejak awal tahun ini.