Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz reda atas ujian menimpa keluarga apabila ibunya, Khadijah Abdul Jamal, 81, kini koma selama tiga bulan akibat pembuluh darah pecah di otak.
Mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Azadan menjelaskan ibunya yang juga bekas bidan sudah menjalani beberapa prosedur pembedahan di kepala, namun keadaannya masih tidak sedarkan diri.
“Pada 26 Ogos, kami sekeluarga berkumpul di rumah abang sebab selepas itu kami merancang untuk ke Terengganu. Namun selepas solat Subuh, mak biasanya akan berzikir. Kemudian kakak ipar beritahu mak tiba-tiba henti berzikir.
“Ingatkan dia tertidur, tapi bila tengok keadaan mak dia ada muntah sikit dan sebelah kakinya seakan-akan menggigil. Pemeriksaan terus dilakukan sejurus tiba ke hospital dan doktor memaklumkan, pembuluh darah di bahagian otaknya pecah.
“Sejak itu mak koma. Dia bukan diserang angin ahmar tetapi koma terus. Dia setakat ini adalah menunjukkan respos seperti mulut yang terkumat-kamit. Dalam tempoh hampir tiga bulan terlantar, adalah tiga ke empat kali dia buka mata.
“Kami adik beradik memang akan selalu berkomunikasi dengan mak, cuma tak pasti dia boleh mendengar atau pun sebaliknya. Bila sudah lama begitu, kami sudah dapat tahu rutin tidurnya juga,” katanya kepada MH.
Ads
Azadan berkongsi perkara itu pada Sidang Media Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabanni di Amber Chinese Muslim Restaurant, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Konsert dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor yang akan berlangsung pada 30 Disember depan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor itu antara lain khusus bagi menghargai peminat yang menyokong perjuangan seni Rabbani selama 25 tahun.
Lebih istimewa, ia turut menampilkan artis undangan Hijjaz, Mawi, Daqmie, Dinnie Juri dan Aeydan dan mereka bakal membuat persembahan lagu-lagu daripada kumpulan itu sendiri.
“Penganjuran konsert ini bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.
Ads
“Bersesuaiandenganpengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung dengan beberapasegmen antaranya konsepAndaslusia,Nolstagia Nada Murni, KebangkitanNasyid, Tribute dan yang terkini,” katanya lagi.
Tiket untuk konsert dijual pada harga serendah RM58, RM88, RM128 dan RM188 dan pembelian tiket boleh dibuat bermula 1 Disember depan.
Ads
Dalam pada itu, Azadan memberitahu ibunya sepatutnya sudah dibenarkan pulang untuk dijaga di rumah. Bagaimanapun setakat ini keadaan tidak mengizinkan susulan status kesihatannya.
“Doktor beritahu pihaknya cuba lakukan yang terbaik. Cuma kami sekeluarga menunggu sekiranya ada keajaiban. Kalau dipanjang usia mak, dia tak akan macam dulu kalau sihat.
“Sepatutnya dua hari lalu dia sudah boleh pulang ke rumah untuk kami jaga, namun tahap Oksigennya belum stabil jadi ia ditangguhkan.
“Setakat ini jantungnya okay, cuma Allah nak uji dengan benda lain. Alhamdulillah kami adik-beradik akan bergilir-gilir jaganya. Syukur saya ada mereka yang mengambil berat soal mak dan masing-masing tahu apa peranan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebrasi pemain bola sepak negara, Safawi Rasid yang memasukkan bola di dalam baju ketika menjaringkan gol sewaktu menentang Kepulauan Salomon semalam ternyata mempunyai simbolik yang tersendiri.
Menerusi satu temu bual selepas tamat perlawanan yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Safawi memaklumkan selebrasi tersebut ditujukan buat isterinya yang juga merupakan pempengaruh terkenal, Syifa Melvin yang kini sedang hamil anak sulung mereka.
“Memang benar isteri saya sedang hamil. Keraian tadi itu merupakan hadiah saya buat dirinya,” katanya.
Dalam pada itu, bintang Johor Darul Takzim (JDT) memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
“Doakanlah agar semuanya selamat. Usia kadungan kini dah masuk enam bulan,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selaiknturut menitipkan ucapan tahniah buat Safawi dan Syifa.
“Tahniah Pawi dan Syifa. Patut dia jaringkan gol dan raikan dengan letak bola dalam baju. Dah agak dah.
“Boleh agak dah sebab Syifa nampak laik sekarang bila dalam live.
“Pandai sorok. Rupanya dah enam bulan dah. Tahniah Joyah dan Pawi.
“Tahniah Pawi bakal jadi ayah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, pada perlawan persahabatan semalam, skuad Harimau Malaya berjaya menundukkan Kepulauan Salomon dengan jumlah jaringan 4-1.
Selain Safawi, gol-gol pasukan kebangsaan dijaringkan oleh Arif Aiman, Paulo Josue dan Lee Tuck.
Sekadar informasi, Safawi dan Syifa telah mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di Petaling Jaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Safawi Rasid, Syifa Melvin & Tik Tok Nadhieeerah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Cat Farish mengulas mengenai keputusan kes perceraiannya bersama bekas isteri, Suriani Hassan, 36, yang berlangsung pada 16 Januari lalu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan.
Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli, 46, berkata, mereka sah bercerai talak satu selepas diputuskan pihak mahkamah, bukan talak tiga sebagaimana yang didakwa.
“Apa yang boleh saya beritahu, hubungan kami ada beberapa masalah yang peribadi untuk dikongsikan. Cuma itulah, bila cerita itu sudah ‘bertukar tangan’ ia jadi lain. Benar memang kami bercerai tapi talak satu bukan talak tiga.
“Saya pun tidak mahu membuka aib. Sebab sekali lagi saya beritahu, perceraian ini memang bermula daripada lelaki. Lelaki yang akan ceraikan (lafaz cerai).
“Bagi saya setiap pasangan berpisah pasti akan ada masalah dalaman. Cumanya untuk kami, sudah tidak dapat kawal masalah itu. Ada tentang anak-anak dan keluarga jugalah.
“Daripada mulut saya, mungkin perkahwinan yang dibina sebelum ini tidak berapa nak ‘perfect’. Jadi jalan yang paling selamat adalah untuk kami berpisah.
“Kejadian (perceraian) memang pantas, tapi masalah yang timbul itu sudah lama. Cuma bila nak bawa berbincang itu agak sukar mungkin kerana emosi,” katanya kepada MH.
Cat berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Jelajah Suria x Anggun Cotton Collection di Glass House, Seputih, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ditanya sama ada usaha telah dilakukan untuk berdamai seterusnya menyelamatkan mahligai rumah tangga yang dibina, Cat tidak menafikan ia sesuatu yang sukar.
“Tak berjaya nampaknya sebab awal-awal pun diasudah keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya di Senawang. Saya ‘support’ daripada luar sajalah.
“Saya tak boleh nak berkomunikasi sangat sebab atas nasihat juga. Bila diberi peluang untuk bercakap mesti ada topik yang timbul, sekaligus membuatkan emosi itu lebih ke depan,” katanya lagi.
Terdahulu pada 13 Disember lalu, ahli kumpulan Ruffedge itu didakwa telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali terhadap isterinya, Suriani Hassan.
Bagaimanapun, Cat menerusi laporan media menjelaskan dia perlu menunggu keputusan mahkamah bagi mendapatkan kepastian lebih jelas susulan cerai yang dilafazkan.
Untuk rekod, Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020, namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dia ketika ini terbuka mengenai soal cinta dan tidak menolak jodohNya andai dipertemukan dengan lelaki yang tepat.
Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, bagaimanapun hanya akan berkongsi mengenai perkara tersebut sekiranya ia sudah pun pasti.
“Kalau nak dikatakan sudah bersedia, sampai bila-bila pun kita boleh cakap belum sedia dan sebagainya. Cuma sebagai manusia, kadang pembelajaran itu akan datang melalui pengalaman. Jadi saya kena melalui dululah kot.
“Apa pun, saya tidak menolak jodoh. Kalau seru sampai esok, esoklah saya kahwin. Soal jodoh ini saya terbuka untuk menerima apa sahaja yang bakal terjadi. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.
“Selagi belum ada yang betul-betul kukuh misalnya dah ada kad kahwin ke, barulah saya akan kongsi. Berbeza bila bertunang, andai ada yang tanya kita tidak boleh menipu.
“Saya akan kongsi bila tiba masanya sebab kita pun nak orang mendoakan yang baik-baik. Kalau diikutkan pun, memang kita digalakkan untuk menyebarkan berita mengenai perkahwinan.
“Saya masih lagi berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang betul. Ibu dan bapa tidaklah asyik bertanya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada ramai lelaki yang mahu mengenali, penyanyi lagu Canggung di samping Datuk Jamal Abdillah ini mengakui, situasi tersebut tidak berlaku seperti mana yang disangka.
“Saya rasa macam tak ramai je yang nak kenal dengan saya. Pelik juga.
“Cuma mungkin ia akan menjadi lebih sukar kalau kita terlalu mencari. Setakat ini, saya tidaklah fokus pun, bukan keutamaan,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul menerusi lagu baru selepas sambutan Syawal tahun ini.
“Insya-Allah saya akan muncul dengan single baru berentak pop. Judulnya Pedas yang turut menampilkan Sophia Liana hasil ciptaan Altimet dan Sazzy. Alhamdulillah bekerja dengan mereka sangat senang.
“Malah ketika sesi penggambaran, Sophia juga seorang yang ‘easygoing’. Saya kata padanya, ingatkan garang, tetapi sebenarnya tidak.
“Dia lebih kepada kakak sementara saya pula adik. Pembaharuan terhadap pilihan lagu ini pun dibuat bagi serlahkan sisi berbeza saya berbanding sebelum ini,” katanya lagi.
Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...