Pelawak dan usahawan, Shuib mendoakan semoga keadaan abangAllahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang akibat positif COVID-19, kembali baik.
Menurut Shuib, dia menerima khabar terkini Firdous menerusi kakak iparnya pada jam 11.00 pagi tadi.
“Siang tadi saya ada maklumkan di Instagram (IG) mengenai keadaan abang ipar yang telah dimasukkan ke ICU dan 5 pagi dia sudah pun ditidurkan.
“Namun kira-kira jam 11.00 pagi tadi, kakak ipar hubungi dan memberitahu keadaannya pada tidak berapa baik.
Ads
“Doktor menjelaskan, situasinya hampir sama dengan arwah. Paru-parunya tidak baik. Sebab itulah saya tetap mahu teruskan sesi doa dan bacan Yaasin pada malam ini diteruskan,” katanya.
Shuib mendedahkan, hubungan arwah isteri dengan Firdous begitu rapat.
Ads
“Semoga Allah SWT memberi kemudahan kepadanya. Abang ipar dengan arwah sangat rapat dan dia baik orangnya. Cuma ketika dia tidak sihat, semangatnya agak lemah.
“Semoga bacaan Yassin dan doa pada malam ini, dia diberikan kekuatan untuk bangun dan berjuang, insyaAllah,” katanya.
Ads
Sementara itu, Shuib memberitahu dua pekerjanya disahkan positif Covid-19 itu seterusnya mendoakan yang baik-baik buat mereka yang sedang berjuang melawan wabak berkeaan.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jenazah Allahyarham Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari Isnin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha kini sarat hamil 7 bulan anak kedua hasil perkongsian hidup dengan suaminya, pelakon Hairul Azreen.
Hanis ketika ditemui MH baru-baru ini berkata, kandungan kali ini membuatkan dirinya berasa cepat penat.
“Pregnant kali ni rasa sangat penat dan mengah. Morning sickness sampai second trimester,tak ada tenaga.
“Masa pregnant Yusuf, morning sickness sampai 9 bulan. Walaupun muntah-muntah masa tu, tapi masih ada tenaga untuk pergi shooting, event sana sini,” kata Hanis kepada MH.
Perkahwinan yang dibina pada Jun 2015 bersama Hairul membuatkan dia lebih matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Hairul banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dia (Hairul) pun seorang yang komited dan sifat kasih sayang yang dia tunjukkan itu, nampaklah dia seorang bapa dan suami yang penyayang,” jujur Hanis.
Dalam perkembangan lain, Hanis baru sahaja dilantik sebagai duta bagi produk barangan bayi, Happikiddo.
Selamat diijabkabulkan pada jam 9.10 malam semalam di Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya, penyanyi Shahir Zawawi berkongsi kisah perkenalan dengan isteri, Jaskin Jaludin, 30, yang bermula menerusi laman sosial Instagram sekitar Mei lalu.
Menurut Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, dia terlebih dahulu mendekati (approach) isterinya di laman sosial tersebut dengan tujuan untuk mencari pasangan hidup.
Menariknya, Jaskin tidak mengetahui Shahir yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu seorang selebriti yang dikenali ramai.
“Saya kenal isteri pada bulan Mei tahun ini, lepas raya menerusi laman Instagram. Saya mengaku yang saya tegur dia dulu (di Instagram).
“Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down.
“Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani kursus kahwin secara online.
“Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama.
“Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.
“Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa, Alhamdulillah semua ciri-ciri itu ada pada dia.
“Isteri tidak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF,” kata Shahir kepada MH.
Berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka, Jaskin yang merupakan seorang pemilik butik di Puchong, Selangor ini berkata, dia mengalirkan air mata sebaik mereka sah bergelar suami isteri kerana terlalu sebak dan tidak menyangka bahagia akhirnya datang menyapa dirinya.
“Saya menangis sebab saya tak rasa pun saya akan berkahwin dan akan dapat merasai momen seperti ini.
“Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis. Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia, betulkah awak ini artis? sebab saya memang tidak menonton program AF.
“InsyaAllah, saya sudah bersedia dengan liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan saya tiada halangan untuk Shahir berduet atau berpasangan dengan mana-mana artis wanita untuk perkembangan kerjayanya,” kata wanita kelahiran Tawau, Sabah itu.
Merancang untuk melakukan ibadah umrah pada hujung tahun ini, Shahir berkata isterinya ada memohon doa ketika awal tahun lalu di Mekah, sekiranya dipertemukan jodoh, dia ingin kembali ke Tanah Suci dengan membawa suaminya sekali.
“Kiranya dia ingin menunaikan janji selepas segala doanya dimakbulkan Tuhan. Untuk perancangan bulan madu lain, kami dua-dua suka pulau dan laut, mungkin kami akan ke destinasi sebegitu tapi tak tahu di mana lagi.
“Bercakap mengenai perancangan anak pula, kami tidak merancang. Sekiranya Allah kurniakan rezeki awal, kami terima,” kata Shahir lagi.
Shahir dan Jaskin atau lebih mesra disapa Ekin bakal diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini bertempat di lokasi sama.
Menariknya, Shahir bakal mempersembahkan lagu baharu nyanyiannya, Halal yang diciptakan khas buat suri hatinya itu di hadapan tetamu dalam majlis itu nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Nak bersiap agak lama, tapi saya sudah terbiasa dan seronok untuk bersiap lama-lama.” Demikian kata penyanyi, Aina Abdul selepas ditanya mengenai persalinan uniknya ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), pada Ahad.
Mengenakan persalinan bak ‘dedaunan dan akar pokok’ bersempena dengan konsep ‘Tree of Life’, Aina mendedahkan dia bersiap hampir beberapa jam.
“Sebab bagi saya kalau bersiap sekejap tu macam peliklah pula nanti. Dari mula solek dan pakai busana, adalah dalam dua tiga jam juga.
“Sebab ada banyak perincian di dalam persalinan ini dan saya perlu persiapkan diri. Ya saya seronok memandangkan ini juga sebahagian daripada cara saya untuk bagaimana terjemahkan lagu itu,” katanya.
Aina menambah, dia gemar untuk menitikberatkan kesemua elemen penting di dalam persembahan.
“Mungkin ada penonton yang lebih senang untuk melihat visual persembahan berbanding vokal, tapi saya di sini sebagai anak seni yang suka untuk adunkan segalanya dalam sesebuah persembahan.
“Saya bertuah kerana ada pasukan yang boleh merealisasikan keinginan itu,” katanya lagi.
Terdahulu, lagu yang dipertaruhkan Aina, Jangan Mati Rasa itu diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga di AJL38.
Aina turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa dan Vokal Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!