Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu ada menerima kritikan dan komen negatif netizen terhadap perkongsiannya di media sosial yang disifatkan keterlaluan serta kurang sopan sebagai seorang wanita beragama Islam.
Bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berkata, tempias tersebut turut terkait dengan kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini mengenakan hijab dan berniqab.
“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengutuk antara satu sama lain.
Ads
“Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.
“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang,” katanya.
Sakinah turut menjelaskan, kakaknya juga sebelum ini tidak mengenakan tudung sebelum mengambil keputusan untuk istiqamah.
Ads
“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan.
“Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” katanya kepada MH lagi.
Ads
Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun pelbagai fesyen moden dan kontemporari dikatakan lebih menyerlah ketika ini, namun keistimewaan dan keunikan busana tradisional Melayu tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Buktinya, persalinan tradisional Melayu kini kian diminati generasi muda apabika ada yang dilihat lebih terbuka dan berani menggayakan pemakaian warisan dalam pelbagai acara yang dihadiri.
Bagi dua pereka fesyen, Jonathan Kok dan Farel Mikhail dari FM Group, penerimaan positif terhadap busana tradisional terutamanya kebaya diteruskan menerusi siri Jelajah Pesona Kebaya.
Program siri jelajah yang diberi nama bersempena buku terbitan mereka Pesona Kebaya-The Enchanting of Kebaya ini bermula semalam di acara World Top Gourmet Awards 2024 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
“FM Group berpeluang menonjolkan rekaan jenis-jenis kebaya yang terdapat di Malaysia dalam pertunjukan fesyen malam tadi.
“Alhamdulillah, destinasi pertama untuk siri Jelajah Pesona Kebaya berlangsung dengan jayanya.
“Apa yang menarik, kami dapat mengetengahkan 12jenis kebaya antaranya Kebaya Kota Bharu, Perlis, Negeri Sembilan, Baba Nyoya, Johor – Riau serta banyak lagi dalam kalangan 1,500 penonton berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India dari dalam serta luar negara yang hadir dalam acara itu.
“Rupa-rupanya masih ramai yang tak tahu fesyen kebaya ada pelbagai jenis dan latar belakang. Semua maklumat itu telah kami kumpukan dalam sebuah buku Pesona Kebaya yang telah dilancarkan sebelum ini.
“Apa yang ada dalam buku tersebut, kami terjemahkan dalam bentuk pertunjukan fesyen pula,” katanya.
Sementara itu Jonathan menambah, pertunjukan fesyen kebaya yang pertama seumpamanya ini turut mendapat sentuhan teknologi AI atau kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).
“Seiring dengan trend masa kini, buat pertama kali di Malaysia, kami menggunakan konsep teknologi AI yang turut memperaga serta memperkenalkan secara terperinci fesyen kebaya yang dibawakan.
“Ini secara tak langsung menarik minat penonton terutamanya generasi muda untuk mendalami lagi tentang fesyen kebaya. Bagi saya, gabungan AI dan fesyen tradisional merupakan langkah baharu yang perlu diteruskan demi memartabatkan kebaya.
“Kami akan menggunakan konsep yang sama dalam siri Jelajah Pesona Kebaya yang akan datang. Lokasi seterusnya akan kami umumkan dalam media sosial Precious of Malaysia,” katanya.
Pertunjukan fesyen kebaya itu telah disempurnakan oleh Elégante Modelle yang turut menampilkan model-model ratu cantik iaitu Michelle Koong, Vinly Yim, Sally Lim, Angie Tan, Stella Lim, Veron Tan, Tracy Shi, Lee Tieng Tieng, Joyce Ng dan Angel Kwat.
Bukan itu sahaja, FM Group juga menampilkan muse mereka iaitu Wilson Tan yang pernah dinobatkan sebagai Asia Best Model dan Malaysia Top Male Supermodel.
Sedikit info tentang buku Pesona Kebaya, apa yang istimewa Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya- Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), pada 4 Ogos baru-baru ini.
Terdahulu, seperti apa yang telah dilaporkan pihak media, tahun lalu pakaian tradisional kebaya telah dihantar pencalonan ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity.
Di negara ini, kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti dan Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia.
Disebabkan faktor ini selain FM Group yang membawa slogan ‘Pesona Kebaya Road To UNESCO, ia menjadi pilihan buat Jonathan Kok dan Farel Mikhail untuk menghasilkan buku Pesona Kebaya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mempromosi baju kebaya di dalam dan luar negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti diketahui umum, pelakon kelahiran Indonesia Tya Ariffin kini semakin bergiat aktif menceburi dalam dunia perniagaan makanan kesihatan.
Baru-baru ini, usahawan terkenal itu berkongsi momen bersama pekerja menerusi laman YouTube miliknya.
Pekongsian tersebut kelihatan Tya telah menghadiahkan sebuah kereta berjenama kepada perkerja di syarikat miliknya.
“TYA ARIFIN BAGI KEJUTAN KERETA UNTUK STAFF ???,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tya memaklumkan hadiah pemberian tersebut tanda penghargaan majikan terhadap pekerja yang telah bertungkus lumus memajukan perniagaan miliknya.
“Bagi hadiah ini kerana atas kerja kuatnya dan dia dah susah-susah bangun pagi naik motor jadi kita bagi kemudahan pada dia,” kata Tya.
Rakaman video yang dikongsi oleh menantu kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza itu telah meraih lebih 40 ribu tontonan.
Video: YouTube Tya Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan, persalinan yang digayakab selebriti kita akan menjadi perhatian orang ramai khasnya bila menjelang Aidilfitri.
Hasil tinjauan MH di akaun Instagram milik selebriti dan usahawan terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam, wanita cantik ini dilihat kekal mengenakan busana raya sedondon bersama keluarga sehingga ke hari raya Raya Aidifitri ke-5.
Jom lihat pelbagai pilihan warna telah menjadi pilihan Rebecca sekeluarga.
Raya Pertama (Jingga)
Raya Kedua (Merah Jambu)
Raya Ketiga (Coklat Terang)
Raya Keempat (Hitam)
Raya Kelima (Biru Terang)
Bukan itu sahaja, perkongsian Rebecca tersebut telah mendapat perhatian serta pujian daripada peminat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.