Atas dasar keprihatinan terhadap guru dan pelajar sekolah, syarikat pengeluar produk minyak wangi dan cecair pembasmi kuman, SugarBomb Worldwide Sdn Bhd tampil menyumbang cecair berkenaan kepada sekolah menengah dan tadika di sekitar Lembah Klang, selain Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.
Menerusi program yang dikenali sebagai SugarBomb Care For You itu, sebanyak 10,000 cecair pembasmi kuman diserahkan khusus bagi kegunaan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lama lagi.
Bersama duta SugarBomb, Achey dan Maskot, Mr Bomb, mereka turun padang untuk mengedarkan cecair pembasmi kuman ketika persekolahan dibuka, baru-baru ini.
Achey berkata, dia turun padang untuk mengetahui sendiri perkembangan pada saat kes pandemik COVID-19 yang masih lagi tinggi di negara ini.
“Siapa tak gerun keluar rumah pada saat pandemik dalam tahap membimbangkan. Tiada simptom pun boleh positif COVID-19.
“Bagaimanapun, saya melihat guru tidak pernah patah semangat apabila berkunjung ke PPD Klang, baru-baru ini. Dalam keadaan risau, saya diberitahu mereka tetap menjalankan tugas dengan baik.
“Saya juga sempat berkunjung ke beberapa sekolah taska termasuk Sekolah Menengah Tinggi Klang. Saya lihat pihak sekolah menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Saya tidak dibenarkan bertembung dengan pelajar ketika menyerahkan sumbangan.
Ads
“Apabila sampai ke sekolah, guru sendiri menunggu pasukan SugarBomb untuk memeriksa suhu badan dan sanitasi. Tanpa mengira sesiapa yang hadir, kena ikut SOP ketat. Paling utama, kena ada surat kebenaran menghantar cecair pembasmi kuman kerana tidak boleh memasuki sekolah sesuka hati,” katanya.
Achey berkata, dia juga perlu memakai pelitup wajah dan sarung tangan ketika memasuki kawasan sekolah demi keselamatan pelajar.
“Sebelum ini, kakak saya yang juga seorang guru pernah memberitahu SOP yang ditekankan di sekolah. Dalam hati, saya macam tak percaya. Tetapi, saya baru tahu betapa ketatnya kawalan keselamatan apabila saya sendiri turun padang ke sekolah.
“Guru tidak akan membiarkan tetamu, mereka sentiasa memantau dan mengikut hingga sanggup menghantar kami ke kereta ketika pulang. Ini bagi mengelakkan orang luar bertembung dengan pelajar sekolah.
“Besar betul pengorbanan guru dalam menjaga keselamatan pelajar, berpeluh-peluh mereka turun naik menyambut tetamu, selain membantu mengangkat barang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengarah Urusan SugarBomb Worldwide, Ahmad Azhari Rosli turut menyambut baik program tersebut yang merupakan sebahagian usaha mereka mendekati golongan sasaran menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Kami melihat ramai guru dan pelajar yang terpaksa ke sekolah ketika jangkitan COVID-19 menunjukkan angka yang tinggi.
“Kami memilih sekolah yang mempunyai ramai pelajar sekitar Klang. Ini sebahagian usaha membantu sekolah dalam meringankan bebanan mereka. Apa yang diketahui, sekolah wajib menyediakan cecair pembasmi kuman bagi kegunaan guru dan pelajar,” katanya.
Ads
Antara sekolah yang menerima sumbangan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Sekolah Menengah Perempuan Kapar, Sekolah Menengah Tinggi Klang, Taska Sirajuddin, Taska Al Munawarrah, Taska Mawaddah dan TaskaAl Syabab.
Ahmad Azhari berkata, SugarBomb Worldwide tidak kisah berkongsi rezeki pada saat kebanyakan syarikat mengambil langkah berjimat cermat.
“Kami berterima kasih kepada pengguna yang terus memberi sokongan kepada jenama SugarBomb. Jadi, kami berkongsi semula sumbangan dalam bentuk program CSR untuk membalas budi.
“Insya-Allah, kami merancang mengedarkan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan sekolah, setiap bulan. Bagi sekolah yang memerlukan cecair pembasmi kuman bolehlah menghubungi SugarBomb Worldwide. Bagaimanapun, ia mengikut kuota yang disediakan syarikat,” katanya.
SugarBomb Worldwide menghasilkan dan menjual lebih satu juta botol cecair pembasmi kuman sejak pandemik COVID-19 menyerang kira-kira sembilan bulan lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada meluahkan rasa respek terhadap pengacara dan pelakon terkenal, Nabil Ahmad serta isterinya Zira Ayub yang kini kelihatan semakin mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.
Menerusi entri di akaun Instagam miliknya, Azuan turut menyifatkab sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama Islam.
“TANDA SAYANG KELUARGA BUKAN BAGI DUIT & HADIAH SETIAP BULAN!! TETAPI TANDA SAYANG KELUARGA ADALAH NAK SELAMATKAN KELUARGA DARI API NERAKA!!
“TAHNIAH NABIL, AKU RESPECT APA YANG KAU BUAT.. BARU KELUAR 3 HARI DI JALAN ALLAH SWT BARU-BARU NI TERUS KELUAR MASTURAT BAWA ISTERI BELAJAR AGAMA & MENGAMALKAN AGAMA SEPERTI DI DALAM AL-QURAN & HADIS-HADIS RASULULLAH SAW.
“AKU YAKIN KAU BUAT INI SEMUA SEBAB KAU DAH RASA SYURGA & NERAKA TU JELAS!!
“masyaAllah Allahuakbar Tabarakallah… tahniah Nabil… sejukk mata memandang… bukan senang ya utk bawak keluarga Amalkan sunnah Nabi Muhammad saw….
“Seronok sesagat bila Allah swt pilih mereka2 ini, utk buat kerja Agama Allah swt …
“semoga pengorbanan mereka dlm usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam.. Allahumma Ameenn… hebattt Allah swt..
Dakwah Tabligh,” tulisnya panjang lebar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan ini terus kekak istiqomah untuk melakukan kebaikan.
Foto: Instgram Azuan Mazlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tewas jua akhirnya.demam tinggi.bila check kena influenza b.elok lah duk sepital kang duk umah takut anak berjangkit pula,” tulisnya ringkas.
Feeya turut berkongsi momentnya berada di hospital di Insta Stories.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ruangan komen bintang berusia 30 tahun itu dihujani dengan komen peminat yang mendoakan agar dirinya segera sembuh seterusnya dalam menjalani rutin seperti biasa.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem magiK arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka menampilkan bintang cilik berbakat besar, Qisya Hairulzain selaku watak utama sebagai kanak-kanak pekak.
Menurut Qisya yang juga anak pelakon Amanda Misbun ini, dia tertarik untuk melakonkan watak kanak-kanak pekak bernama Kit dalam filem itu sebaik sahaja membaca jalan ceritanya.
“Saya berasa kagum dengan jalan cerita filem ini yang memaparkan kisah kanak-kanak pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.
“Pada mulanya, saya berasa gementar untuk melakonkan watak Kit itu. Namun, ia menjadi mudah apabila pengarah, menjadikan filem Disney kegemaran saya, Frozen sebagai contoh di mana Puteri Elsa dilahirkan dengan kuasa mencipta salji dan ais dan Kit pula mempunyai kuasa berkomunikasi dengan kelip-kelip.
“Pengarah juga banyak membantu saya menjiwai babak dengan kelip-kelip ‘khayalan‘ yang turut menampilkan sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI),” katanya.
Berkongsi pengalaman belajar bahasa isyarat dengan Bea Tanaka yang juga bekas guru pendidikan khas OKU pendengaran pula, kata Qisya, dia berasa seronok sepanjang proses pembelajaran berkenaan.
Bagaimanapun, kata Qisya, dia juga berdepan kesukaran ketika penggambaran di atas bot dan sungai pada waktu malam.
“Melakonkan watak sebagai kanak-kanak pekak juga mudah kerana saya tidak perlu menghafal sebarang dialog.
“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar dan pastinya berdepan cabaran ketika penggambaran di sungai dan dalam hutan.
“Penggambaran di sungai lebih mencabar kerana dilakukan pada waktu malam yang gelap.
“Saya juga berasa takut akan terjatuh ke dalam sungai tetapi ada anggota bomba di sana untuk menjaga keselamatan pelakon,” katanya.
Pelakon cilik berbakat ini turut bersama-sama menonton tayangan khas filem magiKbersama penonton OKU pendengaran di YMCA Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Yasu berkata, pemilihanQisya untuk melakonkan watak Kit juga menerusi proses uji bakat dijalankan sebelum ini.
Katanya, dia menyukai Qisya kerana memiliki karakter sangat pendiam dan sama seperti watak Kit dalam filem magiK.
“Qisya juga sangat fokus dan memahami arahan sepanjang di lokasi penggambaran filem ini.
“Menurut ibunya pula, pada mulanya, Qisya sangat gementar dan hampir tidak mahu teruskan penggambaran ketika babak di atas bot pada waktu malam tetapi akhirnya dia mengatasi ketakutannya dan melakukan babak itu dengan yakin,” katanya.
Selain Qisya, filem magiK yang berkisar kepada kanak-kanak pekak berusia tujuh tahun, Kit di perkampungan yang terkenal dengan tarikan kelip-kelip turut dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman dan Kamarul Eqifshah.
Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 30 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!