
Baru baru ini, bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut merakamkan bapa kepada pelakon Jangan Benci Cintaku itu sedang berada di sebuah papan iklan yang memaparkan wajah Zahirah.
“Kakak, papa berjumpa dgn kakak kat persimpangan Lebuhraya Darul Aman & Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Aloq Staq, terubat rindu di hati papa buat seketika…” tulisnya.
Lantas, perkongsian bapa Zahirah itu telah menarik perhatian tatkala melihat kasih sayang seorang si bapa kepada anaknya.
Tidak ada bapa yang tidak menyayangi anaknya dan sudah semestinya ada perasaan rindu terhadap anak. Betul tak?
Foto : Instagram Zainol MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Itu Rezeki Yang Allah Berikan Kepada Dia,” – Bilal Minat Al-Quran, Hafal Surah Lazim & Permulaan Yasin

Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi selepas anak sulungnya Muhammad Bilal menunjukkan minat mendalam terhadap Al-Quran.
Menurut Neelofa, minat anaknya itu bukan hadir secara paksaan tetapi dengan kehendaknya sendiri.
“Alhamdulillah, mungkin itu rezeki dan anugerah Allah. Bilal memang minat dengan bacaan Al-Quran tanpa ada paksaan, disuruh atau ditekan-tekan.
“Sejak daripada kecil, sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran seperti abah atau neneknya, dia akan datang dekat. Bila orang solat, dia akan duduk dekat sambil mendengar.
“Mungkin itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada dia,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini juga akui agak terkejut selepas Bilal dikatakan turut menghafal beberapa ayat di dalam surah Yasin.
“Disebabkan dia ada minat itu, apa-apa surah daripada juzuk 30, dia boleh sambung sebab dia ingat.
“Mungkin budak kecil mudah nak ingat sesuatu perkara. Surah kesukaannya adalah Wal Asr
“Yang paling saya dan suami terkejut baru-baru ini apabila Bilal hafal beberapa ayat pertama daripada surah Yassin. Itu dia sendiri yang hafal,” kongsinya lagi.
Sementara, Neelofa akui Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya kerana dia dapat meluangkan banyak masa di rumah dengan pengisian amal ibadah.
“Ini merupakan Ramadan yang saya paling tak sibuk dan banyak masa dihabiskan di rumah. Ramadan kali ini saya punyai rutin yang ringkas tapi bermakna. Saya penuhkan masa dengan amal ibadah.
“Saya juga dapat fokus untuk selesaikan khatam Al-Quran. Selain itu, saya akan adakan tadabbur dan memahami maksud ayat” katanya lagi.
Ditanya sama ada warga net akan dapat melihat wajah anak keduanya, Abbas di musim perayaan nanti, ini respon Neelofa;
“Itu belum tahu lagi. Mungkin nanti kita akan kongsikan,” jawabnya.
Terdahulu, Neelofa bakal kembali mengacarakan program Next To Neelofa yang akan memasuki musim ke-3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cerai Dengan Shuhada, Hafidz Roshdi – “Saya Hormati Keputusan Hakim, Puas Hati…”

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Sambil mengucapkan terima kasih kerana memahami atas situasi yang berlaku, Hafidz bersyukur kerana berjalan lancar.
“Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormati privasi dan karier seni. Saya juga hormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini,” katanya, lapor kepada Harian Metro.
Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, mahkamah sudah menerima permohonan yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu.
“Cerai hanya berlaku sekali sahaja. Tuntutan balas daripada Shuhada yang dakwa ada tuntutan sebelum itu pada 22 Januari, hakim tidak terima.
“Hanya talak satu dijatuhkan, walaupun Shuhada minta talak dua,” katanya.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan terbabit.
Berikutan itu, Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan 9 Mei lalu, selepas peguam syarie, Datuk Akberdin yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai terbabit.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Allah Memberkati Kita Semua,” – Ada Sebab Sendiri, Zizan Razak Umum Berhenti Forex

Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak mendedahkan dirinya telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada menceburkan diri dalam bidang pelaburan tukaran mata wang asing atau forex.
Bagaimanapun, Zizan tidak menjelaskan mengenai sebab sebenar dia mengambil keputusan tersebut.
“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.
“Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua.
“Semoga Allah memberkati kita bersama. InshAllah,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Abang Long Fadil ini menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Zizan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya pada masa akan datang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap tindakan yang diambil oleh Zizan itu.
Sebelum ini, timbul perdebatan hangat dikalangan orang ramai mengenai hukum menjalankan bidang pelaburan tukaran mata wang asing atau forex.
Baru-baru ini, Zizan memaklumkan dirinya kini sedang berjinak-jinak di dalam bidang aset digital Non-fungible token (NFT).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI